Belum sampai setahun cer4i, bekas isteri Tegar berkahwin lagi… Netizen kata bertuah dapat lelaki kaya

BELUM genap setahun bercerai, bekas isteri kepada penyanyi Tegar Septian iaitu Sarah Sheilka telah kembali mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka dikenali sebagai Andi.

Majlis perkahwinan mereka berlangsung pada Ahad lalu di sebuah hotel mewah di Jakarta, Indonesia.

Dalam majlis tersebut, Sarah, 26, dilihat cukup anggun mengenakan gaun berwarna putih.

Berkongsi berita gembira itu, Sarah mengucapkan penghargaan apabila menerima banyak ucapan tahniah daripada teman-teman rapat serta peminat.

“21.05.23. Bukan nombor yang bagus, tetapi hari yang cukup indah.

“Terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah. Saya tidak mampu untuk membalas semuanya kerana terlalu banyak,” katanya.

Sementara itu menerusi ruangan komen, ramai yang menganggap Sarah cukup bertuah apabila akhirnya kembali memiliki pasangan yang sepadan dengannya.

tegar 1

Tegar dan Sarah dikatakan bercerai disebabkan masalah kewangan.

Malah peminat juga berharap hubungan kali ini akan terus berkekalan supaya tidak berlaku perpisahan yang boleh memberi kesan kepada anaknya.

Untuk rekod, Sarah dan Tegar mendirikan rumah tangga pada Mac 2020 dan bercerai pada Jun tahun lalu.

Sarah mendedahkan dia dan Tegar sudah bercerai dan antara punca perpisahan tersebut adalah kerana masalah kewangan.

Selain itu, Sarah juga mendakwa Tegar bersikap curang.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Abidzar Oktaviano Putra Septian.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*