Housemate dah mennggal di kampung masa raya ‘balik’ jenguk rumah sewa, wanita nekad pindah

PUAS beraya di kampung halaman, Syira akhirnya pulang ke ibu kota untuk bekerja dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

Sejurus membuka pintu rumah flat yang disewanya bersama seorang lagi rakan, Syira tiba-tiba terbatuk apabila dia menghidu bau busuk, seolah-olah bau bangkai haiwan.

Rakan serumahnya, Marlia masih berada di kampung halaman, memaksa Syira membersihkan rumah itu sendirian meskipun dia masih tercari-cari punca bau misteri berkenaan.

Selepas mengemop lantai dan membuka kesemua tingkap untuk menghilangkan bau busuk dalam rumahnya, Syira terus mandi sehingga dia terlelap di atas katil.

Sekitar jam 11.30 malam, Syira terdengar pintu rumahnya dibuka, namun dia tidak larat untuk bangun sebelum menyambung tidurnya semula.

housemater3

Kejadian misteri di rumah sewa itu menyebabkan Marlia terpaksa berpindah ke rumah baharu. -Gambar Hiasan

“Marlia baru sampai kot. Esok je la aku borak dengan dia,” ujar Syira perlahan sambil menggosok matanya ketika itu.

Syira kemudiannya terjaga pada pukul 2 pagi kerana terlalu dahaga, namun perjalanannya ke dapur dikejutkan dengan kehadiran Marlia yang sedang berdiri kaku sambil memakai jubah putih.

“Aku tak tahu kau balik hari ni,” ujar Syira kepada Marlia yang hanya mengangguk sambil tersenyum kepadanya.

Syira tidak mengesyaki apa-apa kerana sudah ‘masak’ dengan sikap Marlia yang kerap ‘bad mood’ dan bertukar pendiam setiap kali dia bergaduh dengan teman lelakinya sebelum ini.

Selepas itu, Syira tidur semula di dalam biliknya, namun tidak lama kemudian dia terjaga akibat katilnya yang tiba-tiba bergoyang kuat.

Selain terhidu bau busuk yang tiba-tiba muncul semula, Syira juga mendengar pintu biliknya diketuk dengan sekuat hati.

Dia cuba menjerit untuk meminta pertolongan Marlia, namun suaranya langsung tidak keluar, malah tubuhnya juga bagaikan kaku seperti ditindih sesuatu.

Syira akhirnya tertidur kepenatan sambil menangis sebelum dia tersedar semula pada pukul 8 pagi.

553

Marlia sebenarnya telah meninggal dunia ketika dia pulang beraya di kampungnya. -Gambar Hiasan

Sejurus bangun tidur, Syira terus berlari ke bilik Marlia untuk bercerita tentang gangguan yang berlaku, namun dia gagal menemuinya rakannya.

Syira yang terduduk ketakutan terus menghubungi nombor telefon Marlia beberapa kali, namun tiada siapa yang mengangkat panggilannya.

Tak lama kemudian, Syira menghela nafas lega apabila dia melihat nama Marlia terpapar pada skrin telefonnya, lantas terus menjawab panggilan itu.

Namun, dia mendengar suara yang asing di penghujung talian sebelum wanita itu memperkenalkan dirinya sebagai kakak kepada Marlia.

“Assalamualaikum, ini Syira ke? Saya Marissa, kakak Marlia. Maaf kami baru sempat buka telefon arwah, nak maklumkan yang Marlia dah meninggal minggu lepas, dia kemalangan,” ujar wanita itu.

Syira yang menggenggam kemas telefonnya ketika itu terus terduduk ke lantai sambil menangis dan meraung sekuat hati.

Dia bukan sahaja sedih dengan pemergian mengejut rakan serumahnya, namun mula tertanya-tanya tentang kelibat wanita mirip arwah yang ditemuinya beberapa jam sebelum itu.

“Betul ke Marlia dah tak ada? Baru semalam dia balik rumah,” tanya Syira kepada kakak Marlia bagi mengesahkan berita yang baru diterimanya.

Selepas kejadian itu, Syira terus menumpang di rumah rakan sekerjanya kerana bimbang gangguan sama akan berulang.

Dalam tempoh dua minggu, Syira juga menamatkan kontrak sewanya selepas mengadu tentang kejadian misteri itu kepada pemilik rumah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber :mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*