[VIDEO] Mandi Hujan Ketika Raya Pertama, Netizen Doakan Izzue Islam & Isteri Dikurniakan Zuriat

Pengacara Izzue Islam dan isteri, Awin Nurin sering kali dikaitkan dengan isu anak-anak. Namun begitu, pasangan itu tidak menjadikan hal tersebut sebagai satu halangan untuk bahagia dalam berumah tangga.

Mandi hujan

Menerusi video di TikTok, bekas anggota kumpulan Forteen itu memuat naik videonya bersama isteri tercinta yang dilihat sedang berbasahan mandi hujan.

Difahamkan, hal tersebut terjadi ketika Syawal yang pertama.

Kejadian raya pertama. Hujan. Aku tengok Awin dan Awin tengok aku. Pastu terus lari main hujan.

Tak payah cakap atau ajak, masing-masing faham dan masing-masing memang dah lama rindu nak mandi hujan.

Namun begitu, perkongsiannya itu meraih perhatian netizen dengan kemesraan yang ditonjolkan walaupun belum dikurniakan zuriat.

@izzueislam

kejadian raya pertama. Hujan. Aku tgk awin & awin tgk aku. Pastu terus lari main ujan. Takyah cakap or ajak, memasing faham & memasing memang dah lama rindu nak mandi hujan. Love you sayang @Awin Nurin ♥️☺️

♬ original sound – Izzue Islam – Izzue Islam

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan pasangan tersebut untuk kekal bahagia selamanya. Selain itu, terdapat juga komen yang kagum melihat pasangan tersebut yang tetap dilihat bahagia walaupun belum memiliki zuriat.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*