Sebelum ini, ibu kepada pengarah, Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail mendoakan yang terbaik buat menantu kesayangannya, Puteri Sarah Liyana berikutan proses lafaz cerai hari ini.
Terbaru, Patimah memuat naik satu posting mengenai cucu-cucunya di Instagram Story.
Kenapa ayah tak tinggal dengan mama
Menurut Patimah, cucunya iaitu Sumayyah masih tidak memahami situasi yang berlaku di antara ibu dan ayahnya. Tambah Patimah, berbeza dengan Syaikhul yang sudah terbiasa hidup bersama Puteri Sarah tanpa Syamsul.
Hari ini, Puteri Sarah dan Syamsul hadir di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi proses lafaz cerai.
Terdahulu, 10 April lalu, Syamsul bersetuju melafazkan talak terhadap Puteri Sarah Liyana. Perkara itu disahkan oleh peguam syarie mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kadir selepas prosiding sebutan kedua laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : ohbulan.com
Leave a Reply