Jalan Pimpin Tangan Anak, Norman Hakim Disangka Bawa Teman Wanita

Semenjak bulan Ramadan ini, ada sahaja isu-isu menarik yang berlaku. Tak kurangnya dengan hero Malaya yang satu ini iaitu pelakon dan selebriti terkenal, Norman Hakim.

Baru-baru ini dia dikatakan telah disangka berjalan bersama teman wanita ketika sedang menguruskan pembukaan akaun bank anaknya, Marissa Dania.

Norman yang berkongsi satu hantaran di laman Instagramnya berkata ada seorang lelaki di bank yang sama menyalah anggap anaknya sebagai teman wanita.

“Ada cerita ‘kelakar seram’. Ada orang ‘suspek’ yang saya berjalan dengan gf huhuhu.

Kisahnya bermula setelah Norman selesai menguruskan hal tersebut dan memimpin tangan anaknya keluar dari bank.

“Bila keluar dari bank, saya mesti jalan pimpin tangan dia. Masa nak sampai kat keta,ada sorang abang atau pakcik ni tegur. Dia cakap suka tengok personaliti dan story family saya,” tulisnya.

Pada mulanya dikatakan perbualan dengan lelaki yang tidak dikenali itu nampak seperti baik-baik sahaja. Namun pada pertengahan , lelaki tersebut sudah mula mengubah nada percakapannya seperti memberikan tarbiah.

“Mukaddimah abang ni agak nice,tapi bila kat tengah-tengah nada dah macam tarbiah Bla..bla..bla..and bla sambil mata dia jeling-jeling curious kat Dania. Pastu dia cakap ambil la iktibar dari kes-kes artis sekarang ni,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Doa Mak Ayah Anak Isteri❤️ (@normanhakim_786)


Pelik dengan situasi tersebut, Norman sudah menjangka ada tanggapan yang salah dan tidak bersikap husnuzan terhadap dia dan anaknya. Tidak menunggu lama, Norman terus menerangkan perkara sebenar kepada lelaki tersebut.

“Instict saya dah tak best. Saya agak abang ni dah ‘misinterpreted’ dan tak husnuzan. In between saya terus mencelah dan tanya.

“Abang nak pergi bank jugak ke? Dalam bank agak clear tak ramai orang. Saya baru lepas settlekan urusan bukak akaun bank untuk anak saya ni,” tambahnya.

Setelah diberitahu perkara sebenar oleh Norman, barulah lelaki itu sedar bahawa yang dilihatnya adalah anak kepada pelakon itu. Lebih lucu apabila Norman turut berseloroh dengan menyoal kembali tanggapan lelaki itu kepadanya.

“Dia jawab, ‘Oooooo…anak..huh, dah besar ye anak. Saya ingat siapa tadi’.

“Saya tanya balik ‘Abang ingat girlfriend saya ke?’ Dia terus gelak besar dan tukar topik raya,” ujarnya.

Tidak mudah melenting, Norman turut berhusnuzan dan menganggap bahawa lelaki tersebut tidak mempunyai media sosial dan tidak cukup mengenali keluarganya.

“Saya dah agak dah. Ramalan ku benar belaka.Saya cuba husnuzon mungkin abang ni takde socmed dan dengar story saya dan keluarga dari wife atau anak-anak dia kot. Tapi abang ni memang nampak baik orangnya,” katanya lagi.

Sementara itu, Norman sempat mengucapkan terima kasihnya kepada para pekerja bank CIMB yang telah membantu urusan anaknya itu.

“Terima kasih staff-staff CIMB, Puan Yanie dan Puan Diyana yg assist saya dan Dania untuk urusan bukak akaun bank dan tukar duit raya,” tulisnya.

Norman yang sebelum ini pernah berkahwin dengan pelakon dan penyanyi wanita, Abby Abadi pada 2002 namun berpisah pada 2009. Hasil perkahwinannya dengan Abby, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim, dan Danisha Hakim.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : keluarga.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*