Ibu kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof, Datin Patimah Ismail tampil mengemaskini akaun Instagramnya dengan berkongsi sepotong ayat pada Isnin.
Dalam tulisan beliau di Instagram Stories, Patimah meluahkan isi hatinya difahamkan tentang keruntuhan rumah tangga dan kesedihan seorang ibu.
“Sedarkah dosa kamu yang telah menghancurkan sebuah masjid dan membuat air mata seorang ibu mengalir tanpa henti,” tulis Patimah.
Hantaran itu diiringi dengan lagu popular Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta nyanyian kumpulan legenda Flybaits.
Terdahulu pada Isnin, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan 18 April ini untuk Syamsul melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya pelakon, Puteri Sarah Liyana.
Sebelum ini, sesi perdamaian antara Syamsul dan Puteri Sarah melalui JKP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), pada 24 Mac lalu, menemui jalan buntu.
Puteri Sarah dilaporkan nekad memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua, awal tahun ini.
Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : gempak.com
Leave a Reply