Bermesra dengan rakyat di bazar Ramadan… Agong tepuk bahu peniaga minta air jagung, Tunku Azizah order air balang asam bo

BAZAR Ramadan yang menawarkan ribuan juadah menarik menjadi tumpuan rakyat Malaysia setiap kali tibanya bulan puasa.

Keterujaan itu turut dirasai oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan mencemar duli melawat Bazar Ramadan Tanjung Tokong, Pulau Pinang pada Khamis.

Menerusi video tular, baginda yang ditemani Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dilihat sedang berada di sebuah gerai minuman berkonsepkan air balang di bazar tersebut.

Video:

@_defnotkai_

POV : Agong dan Permaisuri order air balang 🙏🏼 #agongmalaysia #agongkita

♬ Marhaban Ya Ramadhan – Muhammad abdul jafar

“Agong dan Permaisuri order air balang,” tulis kapsyen video TikTok yang menerima hampir 300,000 tontonan itu.

Ketika berada di gerai itu, Tunku Azizah turut membeli beberapa bungkus air balang pelbagai perisa yang dijual.

“Asam boi nak, asam boi dua. Ribena, campur la tak apa,” kata Tunku Azizah.

“Air jagung,” ujar Agong secara santai sambil menepuk belakang bahu peniaga itu.

Di ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa teruja menonton video itu dan menyifatkan mereka sebagai raja berjiwa rakyat.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*