‘Terletak elok, tak sibuk nak cabut.’ Maryam kongsi video Rina sarung hijab & jubah raih pujian ramai. Comelnya!

BAGI yang mengenali pempengaruh terkenal, Ryzal Ibrahim dan Maryam sedia maklum, pasangan ini cukup terkenal menerusi media sosial baik Instagram, TikTok mahupun YouTube.

Bahkan, personaliti mereka yang cukup bersahaja apabila membuat lawak menyebabkan ramai yang terhibur.

Malah, setiap kali memuat naik video yang dirakamkan dan ditayangkan di saluran YouTube, pasti meraih perhatian ramai.

Lebih-lebih lagi, mereka kini sudah dikurniakan cahaya mata perempuan yang diberi nama Rina.

Aura si kecil itu tidak kurang kuatnya sepertimana ibu bapa mereka.

Masakan tidak, setiap kali cuplikan aksinya dimuat naik dalam media sosial, pasti mengundang tumpuan ramai.

TELATAH BERSAHAJA

Rata-rata mengakui cukup terhibur dengan gelagat si kecil yang kini sudah memasuki usia dua tahun.

Telatahnya yang bersahaja selain memiliki wajah yang comel membuatkan ramai yang geram.

Terbaharu, Maryam yang berasal daripada Korea, memuat naik sebuah video bersama si comel, Rina.

Dalam video tersebut kelihatan Maryam dan Rina tampak cukup cute mengenakan jubah dan tudung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Maryam Younarae (@maryamyunrrr)


Biarpun busana itu nampak ringkas dan polos, namun tetap menarik.

Malah, rata-rata warga maya memuji cara Maryam dan suami mendidik si kecil itu mengenakan hijab.

COMEL BERTUDUNG

Menariknya, si kecil tersebut tidak membuat perangai, bahkan beliau nampak selesa menggayakan apa yang disarung ke atasnya.

Bahkan, beliau juga tidak sibuk mahu menanggalkan hijab dipakai.

Beliau tetap selesa berjalan ke sana ke mari seolah-olah tiada sebarang masalah.

Berikut beberapa petikan pujian dan komen oleh warga maya terhadap penampilan Rina tersebut:

‘Comel Rina bertudung. Tidak tarik cabut pun. Good girl!

‘Makin fasih Maryam bercakap bahasa Melayu.’

‘Cantik sangat Maryam pakai tudung, yang ini elok dan kemas. Rina pun comel juga.’

‘Rina macam mini Ryzal ketika berhijab. Comel betul budak ni.’

‘Comelnya ustazah Rina.’

‘Comelnya Rina pakai tudung.’

‘Masya-ALLAH, comelnya Rina pakai macam tu. Semoga sampai ke besar ye sayang.’

‘Comelnya Rina bertudung, tak tarik buang pun.’

‘Pandai Rina berhijab. Alhamdulillah tak tarik pun. Bgausnya. Sama cantik dengan ibunya.’

Mesti lepas ini banyak lagi pakaian menarik yang dibeli pasangan bahagia itu untuk permata sulung mereka.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : sinarplus.sinarharian.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*