Sedap Nama Anak Baru Aliff Syukri! Kakak Siap Bagi ‘Warning’ Awal Kat Adik Jangan Buat Hal

Setelah beberapa hari kelahiran penyeri baru dalam keluarga mereka, usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida sudah memilih nama yang sesuai buat cahaya mata ke-6 mereka itu.

Shahida dalam perkongsian di Instagramnya itu telah berkongsi beberapa foto disertakan nama bayinya di ruangan kapsyen selepas berbincang bersama keluarga.

“Assalamualaikum. Nama saya Luqman Al-Hakim Bin Aliff Syukri (emoji hati),” tulisnya.


Malah, menurut Shahida di Instastorynya, dia bersyukur kerana rezeki selepas melahirkan anak keenam iaitu bayi lelaki itu semakin melimpah-ruah.

“Alhamdulillah, budak kecik ni bawa rezeki sungguh. Lahir-lahir dia terus murah rezeki. Amin…

“Banyaklah benda-benda tak disangka, rezeki datang bergolek. Betul orang cakap setiap anak, rezeki berbeza-beza,”luahnya.

Dalam pada itu, meninjau di laman Instagram anak perempuan pasangan ini, iaitu Qadejah El Zahra atau nama manjanya Cess, dia sangat teruja dan akui tak sabar untuk menunggu kelahiran adik baru ini. Cess juga mengucapkan syukur ibunya selamat melahirkan bayi tersebut sekaligus sempat meminta cadangan orang ramai untuk nama adiknya itu.

Namun, yang lebih menjadi perhatian dalam perkongsian video tersebut, Cess sempat  membuat amaran buat adiknya itu supaya tidak membuat hal pada masa akan datang.

“Dan kalau awak (baby baru) melihat video ini, hai saya mungkin tak suka awak pada masa akan datang, tapi Jangan buat hal sebab saya akan marah awak. Sayang awak,” katanya dalam video tersebut.


Untuk rekod, Aliff Syukri mendirikan rumah tangga dengan Nur Shahida pada Ogos 2007. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : keluarga.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*