[VIDEO] ‘Gembira Dapat Bertemu Isteri Hari Ini’ – Farid Kamil Tak Pernah Berhenti Berusaha Selamatkan Rumah Tangga

Pelakon, Farid Kamil, 42, tetap dengan pendirian untuk mempertahankan rumah tangganya bersama isterinya, Diana Danielle, 32, bagi mengelakkan dua orang anak mereka, Muhammad dan Aurora terpisah.

Sedang berusaha

Menurut Farid, dia akan berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga yang dibina sejak 11 tahun lalu.

Saya gembira dapat juga bertemu dengan isteri saya hari ini. Apa yang boleh saya katakan hari ini, saya sedang berusaha untuk menyelamatkan keluarga saya.

Saya dalam proses memikirkan jalan terbaik untuk capai jalan pendamaian. Memberi anak-anak kedua ibu bapa mereka kembali dan hidup normal seperti sedia kala.

11 tahun kami sudah mengharungi pelbagai rintangan. Masih ada harapan. Jadi, harapan untuk rumah tangga saya letakkan pada Allah SWT supaya suatu hari nanti kami akan kembali seperti biasa.

Saya tak pernah berhenti berusaha untuk mencari anak dan isteri saya berada. Tapi, pada Ramadan ini, banyak kekangan apatah lagi saya sibuk dengan kerjaya sekarang.

Video

@ohbulanofficial

Kita doakan semoga segala urusan dipermudahkan ✨#ohbulan #news #fyp

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Sementara itu, peguam mewakili Farid, Fakhrul Azman Abu Hassan, berkata dia mengikut arahan Farid untuk menyelamatkan isteri dan anak-anaknya.

Hari ini sebutan kali pertama selepas hak jagaan sementara anak. Mahkamah sudah beri tarikh iaitu 30 Mei nanti, kita akan sebutan sekali lagi kes ini.

Arahan Farid kepada saya nak untuk menyelamatkan rumah tangga dan anak-anak. Itu niat dia dari awal sampai sekarang. Selain dari itu kita tak nak ketengahkan.

Terdahulu, pada 10 Mac lalu, Diana atau nama sebenarnya, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

Menurut Diana, mereka sudah tiada persefahaman dan sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan serta tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri. Walau bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*