Masa muda pakai seluar koyak, jururawat ini berubah 360 darjah selepas nikahi ustazah… Kini jadi ustaz siap ada tauliah ajar agama!

BENARLAH kata orang, kejayaan seorang lelaki adalah kerana ada wanita di belakangnya yang menjadi kekuatan.

Bagi Ustaz Muhamad Fauzi Jaafar, isterinya iaitu Ustazah Nurul Khadijah Mohamad merupakan insan yang bertanggungjawab mencorak perjalanannya hidupnya daripada seorang jururawat hingga bergelar pendakwah.

Ketika dihubungi mStar, dia Fauzi mengimbas semula detik perkenalan dengan isterinya yang dianggap sebagai titik tolak perubahan besar dalam hidupnya.

ustaz2

Ustaz Fauzi menyifatkan isterinya sebagai insan penting yang banyak mencorak kehidupannya.

“Saya dan isteri sebaya, umur kami 34. Kami menuntut di sekolah rendah yang sama, tapi dia tak kenal saya. Pada suatu hari, saya ‘jumpa’ dia balik di Facebook. Sejak iitu, saya add akaun Facebook dia.

“Dalam beberapa bulan kami terus akad nikah. Sejak bergelar suami isteri pada tahun 2017, banyak berlaku perubahan dalam hidup saya. Dia yang mencorakkan pakaian saya. Dulu saya pakai seluar koyak-koyak, dia minta ubah.

“Daripada situ juga dia ajar saya mengaji. Masa bujang dulu kita sibuk dengan kawan-kawan. Jadi tak berapa sangat dengan agama. Dulu saya juga perokok, dia kata dia tak nak suami perokok. Terus saya berhenti serta-merta,” imbasnya.

Menurut Fauzi, isterinya yang bekerja sebagai guru bahasa Arab di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) turut menggalakkan dia menyertai pertandingan tilawah al-Quran sejak awal usia perkahwinan.

Selain itu, isterinya turut menghadiahkan sebuah buku berkaitan sirah Rasulullah yang membuatkan Fauzi jatuh cinta dengan bidang dakwah sebelum dia memohon tauliah untuk mengajar kuliah agama.

“Mula-mula isteri ajar mengaji, kemudian dia juga suruh saya masuk pertandingan tilawah al-Quran. Saya mengikut je aturan tu. Alhamdulillah, tiap tahun masuk. Dalam tempoh beberapa bulan lepas kahwin, dia juga hadiahkan saya sebuah buku sirah Rasulullah.

“Saya baca dari kulit depan sampai kulit belakang, sampai hancur, kulitnya pun hilang. Sejak itu buku saya bertambah. Kemudian saya suka bercerita apa yang saya baca kepada isteri. Dia kata saya ada gaya penyampaian. Jadi dia suruh saya ambil tauliah.

“Mula-mula saya ambil tauliah di Negeri Sembilan. Kemudian saya juga dapat tauliah Wilayah Persekutuan.

“Walaupun dah mengajar agama, saya juga masih bekerja sebagai jururawat lelaki di Institut Kanser Negara. Saya dah jadi jururawat selama 10 tahun,” ujarnya yang belum dikurniakan rezeki cahaya mata.

ustaz4

Ustaz Fauzi turut mendapat tauliah mengajar di Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan.

Terdahulu video perkongsian Fauzi tentang perjalanan hidupnya tular di aplikasi TikTok sehingga meraih lebih 1.7 juta tontonan.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa kagum melihat perubahan hidup Fauzi yang banyak didorong oleh isterinya sendiri.

“MasyaAllah, doakan saya dapat isteri macam ustaz dan ustazah.

“Tahniah ustaz. Besar sungguh pahala isteri tu.

ustaz3

Ustaz Fauzi ketika masih bujang.

“Pasangan yang tarik tangan ke syurga,” tulis beberapa netizen.

Mengulas video tular itu, Ustaz Fauzi berkata dia terkejut apabila menerima reaksi luar biasa daripada netizen, namun berharap perkongsiannya dapat memberi manfaat kepada masyarakat di luar sana.

“Saya memang terkejut bila video itu viral. Saya hanya nak kongsi pengalaman. Saya sampai tak percaya. Isteri kata tiada apa yang mustahil, ini semua kehendak Allah,” ujarnya lagi.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*