PENCETUS Ummah (PU) Syed meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri susulan berkongsi video teaser lagu raya terbaharunya berjudul Cak Cun Cak Raya pada Khamis.
Syed atau Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 41, berkata, tindakan Aliff itu jelas tidak menghorm4ti bulan Ramadan yang sedang disambut umat Islam ketika ini.
“Kepada Datuk Seri Aliff Syukri, kita berada di bulan Ramadan, bulan yang penuh keabdian kita kepada Allah SWT.
“Justeru itu saya rasa dengan video klip lagu Datuk Seri yang tergedik-gedik, penari latar di belakang tersebut sangat tidak sesuailah,” katanya.
Meskipun bukan video penuh tetapi ramai mengecam lagu baharu Aliff.
Syed berkongsi perkara itu menerusi akuan TikTok miliknya pada Khamis.
Menerusi video teaser itu, netizen kurang senang dengan penampilan sut ketat menyerupai pakaian menyelam lengkap bersamping dan songkok Aliff bersama lima orang penari latarnya.
Bukan itu sahaja, Syed turut berharap agar usahawan berkenaan memahami erti sebenar bulan Syawal sebelum memuat naik video lagu yang tidak senang untuk ditonton umum.
View this post on Instagram
“Sebab kita nak sambut raya ni kan, kita sambut tentang kemenangan melawan hawa n4fsu bukan sebab ikut hawa n4fsu, kita sambut kemenangan dengan takbir, tahmid, tahlil kepada Allah SWT,” pesannya.
Dalam pada itu, Syed juga memuji tentang suara merdu dan keyakinan diri yang dimiliki usahawan berkenaan.
Tambah Syed, Aliff mempunyai bakat nyanyian di dalam dirinya namun gaya tarian di dalam video berkenaan tidak sesuai untuk bulan Ramadan dan juga Hari Raya Aidilfitri.
“Saya tahu suara Datuk Seri sedap, walaupun ada orang kata tak sedap, tapi saya rasa sedaplah, ada bakat dan ada keyakinan penuh dalam diri Datuk Seri.
“Tapi dengan gaya penyampaian berikut, gaya nyanyian atau gaya tarian tersebut sangat tidak sesuai. Ubahlah, tak payah menari pun tak apa, nyanyi begitu pun cukuplah,” ujarnya.
Sebelum ini, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, meminta netizen memberi laluan kepada lagu berkenaan bersempena kedatangan Aidilfitri dan yakin Cak Cun Cak Raya bakal menjadi trending.
Video muzik raya Aliff pernah dikritik ramai.
Kata Aliff, dia berharap lagu tersebut dapat memberi sinar kebahagiaan kepada masyarakat yang mendengarnya.
Pada Oktober tahun lalu, Aliff dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang atas empat pertvduhan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video bersifat sumbang pada April 2022.
Aliff sebelum itu dipanggil memberi keterangan di SKMM bagi membantu siasatan susulan klip video muzik sempena Aidilfitri.
Klip video raya berkenaan memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut mencetuskan pelbagai reaksi kerana dikatakan kurang sesuai untuk tontonan masyarakat.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar.com.my
Leave a Reply