Pelakon Nabila Huda teruja apabila satu-satunya cahaya matanya Keisha Laila kini sudah menginjak remaja dan kini memasuki sekolah menengah.
Dek kerana terlalu teruja itu, anaknya yanh memasiki sekolah jenis perempuan itu tersalah uniform pada hari pertama sekolah beberapa hari lalu.
“She made it to the girls school !! 1st day school dah kecohrable sebab salah uniform!!
“Too excited and nervous at the same time sampai lupa pulak bulan Ramadan nak kena pakai baju kurung! Adoiii mummy ni…,”katanya.
Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Abil berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik foto anaknya yang memakai baju sekolah jenis pinafore atau skirt.
Abil bagaimana pun bersyukur kerana anaknya dapat juga menyambung pengajian ke peringkat sekolah menengah meskipun lewat seminggu.
“Alhamdulillah, akhirnya dia dapat masuk school walaupun lambat a week but all good. Janji dah settled! Kalau tak,punya la susah hati mummy ni..haha!
View this post on Instagram
“Keisha dah masuk secondary school guys! Sebak ada,happy ada..Ishh taktau nak cakap macamana..Enjoy your new journey in government school @lilkupukupu ! Mummy loves you so much tau..,” ujarnya.
Keisha merupakan anak hasil perkahwinan Nabila dengan Zaidy Zailani pada 2008.
Nabila kini bahagia bersama suaminya Mohd Izwan Johar yang berkahwin pada 2015.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : gempak.com
Leave a Reply