“Bawa yang murah j4tuh sikit dah pecah” – Kakak pertahan tindakan beli botol air mahal untuk adik tersayang

SETIAP daripada kita mempunyai cita rasa dan pilihan sendiri.

Ada yang sanggup berhabisan ratusan malah ribuan ringgit demi mendapatkan sesuatu yang bagi individu lain dirasakan tidak berbaloi.

Baru-baru ini, seorang g4dis bernama Aisyah terkejut apabila video dia membelikan botol air untuk adik-adiknya mengundang reaksi negatif di laman Twitter.

“Betullah dekat komen tu beritahu. Botol air apa ni mahal sangat sampai RM59.90.

“Baik beli dekat Ecoshop saja RM2 hingga RM5 lagi murah dan tahan lama. Membazir beli mahal-mahal tu,” ujar seorang pelayar di Twitter.

Menurut g4dis itu yang mempunyai lebih 1.2 juta pengikut di TikTok, dia tidak menyangka perkongsiannya menjadi pertikaian apabila netizen menganggap harga botol air itu terlalu mahal.

Terkesan dengan komen itu, Aisyah menjelaskan bahawa sekiranya mahu membelikan sesuatu buat orang tersayang, pasti kita tidak akan berkira berbelanja untuk barang mahal.

Tambahnya, kualiti botol air itu juga berbeza yang mana jenis murah akan pecah apabila terjatuh dan perlu dibeli ganti berkali-kali dan akhirnya kosnya lebih kurang sama saja.

Jika botol air yang berkualiti, cantik dan tahan lasak dibeli pastinya lebih berbaloi kerana tahan lama.

“Saya nak beli apa-apa untuk adik saya kenapa dia yang macam lebih-lebih. Saya tak guna duit dia kan. Saya cuma guna duit sendiri untuk adik-adik gembira. Saya pun senang hati.

“Jadi kalau kita beli benda mahal-mahal untuk orang kita sayang, kita tak rasa pun benda tu mahal. Kalau budak-budak bawa botol pergi sekolah yang murah-murah, jatuh sikit dah pecah. Nak beli banyak kali pun (makan) kos juga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Kalau kita beli sekali saja yang mahal, betul-betul tahan, kalau jatuh banyak kali tak pecah. Yang tu baru okay. Itulah maksud saya. Mungkinlah orang tu tak suka saya dan adik-adik jadi dia cari point untuk kec4m saya,” katanya.

Aisyah turut menambah, dia sekadar berkongsi video pembelian botol air MommyHana di TikTok kerana mahu berkongsi kepuasan membeli botol air berkualiti tinggi, ditambah ketika itu adalah musim baharu persekolahan.

Bagaimanapun, jika diteliti pada ruangan komen, ramai juga memberi respons menyokong Aisyah.

“”RM59.90 orang dah terkejut. Botol air aku harga RM89 rasa macam biasa je.

Tangkap layar kpmen negatif di Twitter.

“Duit dia. L4ntaklah. Dia nak beli yang RM100 pun. Tak guna duit orang lain. Hidup ni jangan semua benda nak jadi isu.

“Aku tak boleh betul dengan orang yang semua benda nak bitter. Dia pun tak kisah untuk belanjakan duit beli botol buat adik-adik. Asalkan mereka senang hati tapi engkau yang menggelupur macam guna duit kau. Aku tak boleh betul stres,” kata netizen.

Turut terkesan dengan kec4man di Twitter itu adalah pengasas produk MommyHana yang terkilan dan kecewa atas kec4man mend4kwa harga produknya mahal.

Menurut pengasasnya, Hana, ramai tidak tahu usaha yang diletakkan untuk menghasilkan sesuatu produk, apatah lagi ia berkualiti, tahan lama dan terbaik.

Komen netizen di Twitter.

Malah, Hana turut membuat perbandingan dengan memberi contoh tindakan membeli secawan kopi produk luar negara berharga RM15 ke RM20 tanpa banyak soal tetapi mengecam produk negara sendiri hanya kerana harga yang sedikit mahal.

Dalam pada itu, dia memaklumkan bahawa sudah hampir dua tahun jenama itu menjalankan penyelidikan serta mengeluarkan modal mencecah jutaan ringgit bagi menghasilkan botol air yang terbaik untuk anak-anak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*