“Aku hanya mahukan…,” – Sweetnya ucapan hari lahir dari Aidil Aziz buat Fasha Sandha

Pelakon Adil Aziz meraih perhatian wargamaya apabila berkongsi ucapan manis bersempena ulang tahun kelahiran isteri tercinta iaitu Fasha Sandha.

Menerusi laman sosial Instagram, Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil bin Abdul Aziz memuat naik satu video bersama isteri beserta anaktercinta untuk tatapan umum.

Menurut Aidil, dia berdoa isterinya itu sentiasa dilindungi dari segala bala bancana,agar kesihatan terus perkasa. Selain itu Aidil juga berharap supaya segala doanya untuk Fasha selama ini diperkenankan oleh Allah Yang Maha Esa.

”Selamat Hari Jadi kepada Dia @fashasandha. InsyaAllah yg terbaik dari Allah untuk kehidupan Dia di usia baru. Semoga Dia terus dilindungi dari segala bala bancana,agar kesihatan terus perkasa.

“Mudah mudahan segala doa untuk Dia selama ini diperkenankan mulai hari ini,28hb ini & di bulan Ramadhan ini. Aku hanya mahukan yang terbaik untuk dia..Hanya pada nya..untuk Dia..Aaminn,” tulis Aidil di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aidil Aziz (@itsaidilaziz)


Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat ribuan tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata turut mendoakan dan mengucapkan selamat hari lahir untuk Fasha Sandha.

Untuk info, Aidil dan Fasha mendirikan rumah tangga pada Mac tahun 2019 dan ia merupakan perkahwinan kali kedua buat Fasha.

Menerusi perkahwinan pertama, Fasha mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli, 7, dan Putri Raysha Jemyma yang kini berusia lima tahun.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : instagram itsaidilaziz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*