MUKA persis g4ngster, imej berjambang dan bersinglet, lelaki berbangsa India ini menjadi perhatian dalam setiap perkongsian videonya di laman sosial.
Lebih menarik tumpuan ialah beliau sering membawa ibunya bersama ke mana sahaja, hinggakan diberikan jolokan ‘anak emak’.
Dalam perkongsiannya di laman sosial, Muhammad Mikhael Sathayah yang turut dikenali sebagai Emcee Rock dilihat membawa wanita itu rangka tugasannya sebagai influencer seperti food review. Malah ibu yang cukup sporting itu biasa dilihat menerusi video-video yang dikongsikan.
Dalam menjawab pertanyaan-pertanyaan warganet, Muhammad Mikhael membuat pengakuan bahawa dirinya seorang mualaf.
Malah beliau berkongsi perjalanan hijrahnya memeluk Islam dan sokongan yang tidak kunjung padam daripada ibunda tercinta.
“Sepanjang hidup sejak kecil saya berasa kekosongan di hati. Jiwa ini mencari apakah erti kehidupan.
“Saya cuba mengisi kekosongan tetapi kesakitannya makin hari menjadi-jadi. Di luar nampak berjaya, berkerjaya tapi hati saya dalam kesakitan.
“Apa yang kurang? Saya sayang mak saya. Emak saya segala-galanya bagi saya. Mencari nur yang tidak kesampaian. Jiwa ini meronta,” kongsinya.
Hidayah ALLAH hadir pada waktu yang tepat. Lelaki ini menceritakan mimpi yang menjadi titik tolak mencari Islam. Dalam mencari jawapan mengisi kekosongan jiwa, restu si ibu tidak pernah diketepikan.
“Pada suatu hari, waktu Subuh saya terdengar suara yang indah. ‘Aku yang cipta kamu tapi ini Aku beri kepada kamu, terima sahajalah.’
“Apakah maksud soalan itu, saya tertanya-tanya. Apakah jawapan untuk soalan itu? Saya rasa saya tahu tetapi saya masih tidak mahu menerima. Saya mencari dunia, saya mengejar dunia.
“Semakin hari, makin kosong hati saya. Makin gelap jiwa, menjadi jiwa yang hilang. Kenapa aku ke sini?
“Sampai dah dapat jawapan. Mak saya nak masuk Islam. Mak terdiam dan terkejut. Lepas itu Mak senyum dan bagi kebenaran. Terima kasih Mak kerana menerima saya,” katanya.
Muhammad Mikhael turut berkongsi situasi dilalui ibunya selepas dia memeluk Islam. Kecaman daripada pelbagai pihak hingga ada yang tega berkata anak ibunya telah tiada.
“Macam-macam mak dikecam, sampai ada yang kata Mak dah tak ada anak. Anak Mak dah m4ti.
“Ada yang kata hidup saya macam ni kerana Mak terlalu manjakan saya. Bukan, Mak saya seorang yang baik.
“Terima kasih Mak, semakin hari saya semakin tenang. Mak sentiasa bersama saya,” konghsinya.
Manisnya kasih sayang dua beranak ini biarpun berlainan agama. Wanita itu memberikan sokongan buat permata hatinya. Malah si ibu menghadiahkan sejadah dan sanggup menemaninta menunaikan solat berjemaah.
kasih sayang Muhammad Mikhael kepada ibunya sangat mendalam. beliau enggan berpisah hingga sanggup membeli rumah bersebelahan kediaman ratu hatinya itu.
“Emak juga temani saya ke masjid. Terima kasih Mak walaupun kita berlainan agama. Mak tunggu di luar masjid, saya risau panas tapi Mak kata tak apa.
“Terima kasih Mak tak hiraukan saudara-mara atau cakap siapa sahaja. Mak terima saya.
“Saya beli rumah sebelah dengan rumah Mak kerana saya tak nak tinggalkan Mak. Rezeki saya dapat berjiran dengannya.
“Sekarang anak Mak tenang, jiwa tak kosong dah. Rasa penuh jiwa ini. Terima kasih Mak masih bersama saya,” katanya.
@mukagangster Replying to @MUHAMMAD AMIRUL HUSNI ini kisah saya. @SaudagarMerah thank u abgku.#mukagangster #anakmak #titew #botak #rxybca #longbeard #trendingnewsmalaysia #amma #islam
Saudara baharu itu turut mendedahkan pernah berpuasa hampir setiap hari selama tiga tahun kecuali pada hari-hari yang diharamkan berpuasa.
Selain ibu, orang sekeliling menjadi penguat semangat Muhammad Mikhael. Beliau tidak lupa buat rakan-rakan yang membimbing, menghadiahkan kelengkapan beribadah berupa sejadah dan Al-Quran.
Beroleh ketenangan, kini Muhammad Mikhael berazam untuk beristiqamah dan memohon warganet mendoakan ibunya.
“Mak baik, sentiasa bersama saya walaupun berlainan agama. Kami saling menyayangi. Hidayah milik ALLAH. I love you Mak,” tuturnya.
Warga maya yang terharu melihat keakraban dua beranak itu mendoakan agar kebahagiaan dan tautan kasih sayang berpanjangan.
– “Mak awak orang yang hebat! Saya menangis, semoga syurga buat awak bro.”
– “Anak yang baik, lahir daripada ibu yang baik. Semoga mak awak mendapat hidayah dan bersama ke syurga .”
– “ALLAH bang saya nangis bang. Rezeki abang dapat mak sangatt baikkk. Harap abang dapat ajak mak abang ke syurga juga.”
– “Subhanallah. Hebatnya kamu bang. Kami sedia Islam pun masih lalai dengan dunia. Jaga mak baik-baik bang.”
– “Kenapa saya menitik air mata. Ya betul hidayah milik ALLAH, teruskan perjuangan ya.”
– “Semoga tetap istiqamah dik, jaga mak sehingga hujung nyawa. Moga dimurahkan rezeki.”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : sinarplus.sinarharian.com.my
Leave a Reply