PERIBAHASA pelangi hadir selepas hujan cukup bersesuaian dengan situasi yang berlaku kepada wanita ini.
Jika sebelum ini mStar pernah menyiarkan kisah Asma Amir, 25, kerana viral selepas menjadi m4ngsa pengani4yaan seorang pelanggan, dia kini bangkit daripada kisah dvka itu.
Bermula dengan hanya menjual tomyam di bawah kanopi, masakan air tangan Asma terus mendapat tempat di hati orang ramai hingga berjaya membuka sebuah gerai di hadapan rumahnya kira-kira dua bulan lalu.
Gerai milik Asma sudah dibuka sekitar dua bulan lalu.
“Sebelum ni saya berniaga dengan pacak kanopi depan rumah saja. Tak sangka selepas dah viral tu Allah beri rezeki banyak pada saya. Ramai pelanggan sanggup datang jauh-jauh dan beratur nak rasa tomyam saya.
“Akhirnya sejak dua bulan lalu saya buka kedai makan tepi rumah, senang sikit sebab sambil berniaga boleh tengok anak-anak.
“Alhamdulillah… sejak buka kedai memang kami tak menang tangan, sentiasa dikunjungi pelanggan,” kata pengusaha kedai Tomyam Mek Thai itu ketika dihubungi mStar.
Pada 15 Februari tahun lalu mStar menyiarkan kisah Asma yang dit1pu pelanggan hingga menyebabkan dia kerugian bernilai RM250.
Episod sedih itu bermula selepas dia menerima tempahan secara dalam talian untuk memasak lebih 20 bungkus tomyam kung yang akan dibayar tunai sewaktu penghantaran (COD).
Namun rezeki tidak menyebelahinya pada ketika itu apabila pelanggan berkenaan lesap tanpa khabar berita.
Tangkap layar perkongsian Asma di TikTok pada Februari 2022.
Selepas setahun berlalu, Asma tidak lagi membuat perkhidmatan penghantaran sebaliknya meminta pelanggannya untuk datang sendiri mengambil makanan di rumahnya yang terletak di Ajil, Terengganu.
Bagi menampung permintaan pelanggan, Asma berniat untuk menambah bilangan pekerja di kedainya yang beroperasi bermula pukul 5 petang sehingga 12 tengah malam.
“Sekarang ni saya ada dua orang pekerja tapi servis makan agak perlahan. Saya nak cari seorang lagi tukang masak untuk bantu mereka,” katanya yang turut menjual mi celup dan masakan panas.
Mengimbas kembali tragedi ditipu pelanggan yang dilaluinya itu, Asma berkata selain bersedih dia juga mempelajari sesuatu tentang asam garam dunia perniagaan.
Malah teguran pengguna media sosial selepas kisahnya viral juga sentiasa tersemat di hatinya hingga kini.
“Lepas video tu viral, saya akui silap sendiri juga tak ambil deposit apabila dia buat tempahan tu.
“Apabila baca komen netizen cadangkan supaya ambil deposit terutamanya jika membabitkan tempahan yang banyak. Itulah adat berniaga, saya belajar daripada kesilapan sendiri,” ujarnya lagi.
Asma (bertudung hitam) bersama ahli keluarganya.
Dalam pada itu Asma yang sudah berkecimpung dalam dunia perniagaan sejak 2016 turut menitipkan pesanan buat peniaga-peniaga lain supaya jangan pernah berputus asa ketika dilanda kesusahan.
“Tak kiralah bisnes apa pun kita buat, jangan terlalu nak kejar sales. Kita buat dalam keadaan tenang. Fikir yang kita buat untuk diri kita dan keluarga.
“Lagi satu kita jangan terlalu bergantung pada manusia ketika mencari rezeki tetapi berdoalah pada Allah yang memberi rezeki.
“Kita kena ingat, waktu kita susah tak ada siapa yang bantu melainkan diri sendiri dan Allah. Jadi, kalau ada yang bercakap buruk fasal kita, abaikan saja kata-kata negatif tu,” jelas Asma.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar.com.my
Leave a Reply