“Bagus punya idea,” – [VIDEO] Perarakan rombongan pengantin cvri perhatian ramai

Bukan sekadar mahu menjadi tumpuan utama tetamu yang hadir, hakikatnya pengantin sering tak senang duduk di majlis perkahwinan sendiri. Mana tidaknya, daripada makeup, jurugambar, baju sampai ke makanan catering pun tetap difikirkan selagi jemputan belum habis datang. Nampak senyuman di wajah, namun keresahan di hati hanya tuan badan sahaja yang tahu.

Bagi sesetengah orang, majlis bertandang atau bahasa mudahnya ‘upacara menyambut menantu’ tetap dijalankan dengan penuh meriah persis sebuah majlis perkahwinan. Bahkan ada yang sanggup melaburkan lagi duit semata-mata mahu menempah pelamin, kanopi khas serta busana yang vogue demi menyempurnakan tradisi berkenaan.

Terbaru menerusi video tular di laman tiktok yang dimuat naik oleh @poknyee, kelihatan rombongan pengantin baru yang sedang berarak ke sebuah majlis perkahwinan.

Namun apa yang mencvri perhatian ialah payung yang digunakan untuk pengantin tersebut berteduh, iaitu khemah yang biasa digunakan oleh para peniaga pasar malam.

“Kali ni kita kasi payung besar terus,” tulis @poknyee menerusi video.

Video:

@poknyee

Kali ni kita kasi payung besar terus #fyp#fypシ#fypシ゚viral #banjir2023

♬ original sound – Eda Ezrin – Eda Ezrin

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 502.4k tontonan, 30.2k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata teruja dengan gelagat rombongan pengantin tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : tiktok poknyee

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*