TIADA yang mustahil apabila berada di Tanah Suci, segala-galanya boleh berlaku dengan izin-Nya.
Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita yang bertemu dengan seorang sahabat yang sudah bertahun-tahun tidak berjumpa.
Kali terakhir mereka berjumpa kira-kira 15 tahun lalu.
Berkongsi cerita kepada mstar, Maria Muda berkata, dia mempunyai seorang sahabat yang dikenali sewaktu menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Segamat, Johor antara 2003 dan 2004.
Wanita berusia 38 tahun itu bagaimanapun menjelaskan dia tidak meneruskan pengajian di universiti tiu selepas semester tiga kerana memutuskan untuk mengikuti latihan bagi menjadi jururawat pelatih.
“Ketika itu kami tinggal di kolej sama. Selepas saya keluar dari UiTM dan mengikut latihan jururawat, kami masih berhubung dan berjumpa.
“Tapi selepas itu kami tak jumpa lagi, bawa haluan masing-masing. Saya kerja di Pulau Pinang dan dia pula di Melaka ketika itu.
“Saya tak ingat bila kali terakhir kami berjumpa, tapi kira-kira 15 tahun. Masa tu saya masih belajar kejururawatan dan belum berkahwin,” katanya ketika dihubungi.
Gambar kiri Maria (kiri) bersama ibu di Tanah Suci.
Maria yang berasal dari Pekan, Pahang berkata, dia dan ibunya berusia 71 tahun mengikuti rombongan untuk mengerjakan umrah di Tanah Suci, pada 4 Februari lalu.
Sewaktu berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dia sempat memuat naik status mengenai pemergiannya ke Tanah Suci, menerusi halaman Facebook.
Bersama rombongan umrah.
“Kami berdua adalah rakan di Facebook, tapi tak berjumpa pun dan tinggalkan komen pun kadang-kadang je. Masing-masing juga tinggal berjauhan dan sudah berkeluarga.
“Saya muat naik gambar di KLIA sebelum berlepas. Kemudian, saya dapat DM (mesej secara langsung) daripada dia, maklumkan akan turut berangkat ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah.
“Dia tiba ke Makkah dari Malaysia sekitar 10 Februari, manakala saya juga sampai di Makkah tapi dari Madinah pada tarikh sama,” katanya mengenai sahabatnya, Afir Ahamad berusia 38 tahun.
Maria di Madinah.
Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu, dia melakukan tawaf pada awal pagi 11 Februari di Kaabah sambil menambah dia kemudiannya berasa kurang sihat.
“Kami dah rancang untuk berjumpa di depan Kaabah. Sepatutnya jumpa dia pada hari tu, tapi saya demam dan pening pula. Jadi saya hanya berehat di bilik hotel.
View this post on Instagram
“Esok malam (12 Februari) baru kami jumpa. Kami rancang nak buat tawaf sunat bersama-sama… Alhamdulillah dapat lakukannya dengan keadaan kesihatan saya yang semakin baik,” katanya.
Mengimbas kembali mengani umrah yang dibuat pertama kali, Maria yang mengusahakan bisnes jualan langsung bersyukur kerana diberikan peluang untuk berjumpa dengan sahabatnya dan menyifatkan pertemuan kira-kira lebih sejam itu amat bermakna.
Maria (kiri) menyifatkan sahabatnya sebagai penyayang seperti dulu.
“Saya gembira sangat, bersyukur. Tak dapat nak digambarkan kegembiraan itu apabila berpeluang jumpa sahabat kita, di hadapan Kaabah pula tu.
“Sahabat saya ni seorang yang penyayang dan mengambil berat macam dulu. Masa saya tak sihat di Makkah pun dia masih tanya khabar dan sanggup nak hantar makanan pada saya.
“Saya anggap ini sebagai rezeki berganda, Alhamdulillah. Mungkin ini juga menjadi permulaan untuk kami terus berhubung selepas pulang ke Malaysia,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar.com.my
Leave a Reply