Raja Permaisuri Agong masak sardin untuk m4ngsa bah

Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli memasak untuk m4ngsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Baru Sungai Chedong di sini hari ini.

Baginda memasak bersama m4ngsa-m4ngsa banjir ketika mengunjungi PPS berkenaan bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Masakan ikan sardin dicampur ikan masin sentuhan Raja Permaisuri Agong itu dinikm4ti oleh lebih 200 m4ngsa banjir.

M4ngsa banjir, Rosnita Abdullah, 51, berkata, apabila mendengar Raja Permaisuri Agong mahu ke PPS itu, mereka sepakat untuk meminta baginda untuk memasak.

“Kami memang sudah merancang, kalau Tuanku (Permaisuri Agong) datang, kami nak mohon Tuanku masak. Kami hendak merasa air tangan Raja Permaisuri Agong. Alhamdulillah sedap sangat walaupun lauk sardin,” katanya.

Rosnita berkata, dia berasa terharu apabila Raja Permaisuri Agong bersetuju untuk memasak dan semestinya menjadi kenangan sepanjang hidupnya.


Sementara itu, Zaharah Mazlan, 38, pula berkata, dia tidak menyangka dapat merasa air tangan Raja Permaisuri Agong yang sering menjadi perbualan ramai sebelum ini.

“Dapat juga merasa masakan Tuanku. Sedap rasanya walaupun hanya memasak di PPS. Mungkin boleh tiru masakan apabila pulang ke rumah nanti,” ujarnya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : kosmo.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*