Lain Dari Yang Lain! Nabil Mahir ‘Steady’ Pakai Baju Melayu Enjoy Konsert BlackPink

Konsert kumpulan Kpop popular, Blackpink berlangsung dengan jayanya pada malam Sabtu dengan dianggarkan lebih 60,000 Blinks (gelaran peminat Blackpink) membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Kebanyakan yang hadir tampil berpakaian berwarna hitam dan merah jambu, sesuai dengan nama girl group tersebut.

Mencipta kelainan dan tampil lain daripada yang lain, pengacara Nabil Mahir muncul dengan busana baju melayu berwarna merah jambu.

Isterinya, penyanyi Ayda Jebat turut berkongsi video pendek Nabil bergaya ‘rare’ ketika berjalan menuju ke lokasi konsert menerusi Insta Story.

“Dia pergi konsert Blackpink pakai baju melayu pink guys!” tulis Ayda.

Nabil juga memuat naik gambar kenangannya bersama Ayda di hadapan layar gergasi yang menunjukkan poster konsert jelajah Bornpink.

“Ini merupakan pengalaman konsert pertama Ayda dan menonton Blackpink adalah satu permulaan yang baik!” tulis Nabil.

Selain Nabil dan Ayda, antara selebriti tempatan yang hadir menyaksikan konsert Blackpink ialah seperti Mira Filzah dan Nadiyah Shahab.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabil Mahir (@nabilmahir)


Terdahulu, Blackpink memulakan konsert jelajah dunia mereka bermula pada 15 Oktober lalu di Seoul, Korea Selatan sebelum bergerak ke negara Barat bermula di Dallas, Amerika Utara pada 25 Oktober diikuti Houston, Atlanta, Hamilton, Chicago dan Newark.

Konsert jelajah kumpulan itu memasuki negara Asia bermula dengan persembahan di Bangkok, Thailand pada 7 Januari lalu.

Blackpink yang popular dengan lagu Pink Venom dan How You Like That dianggotai Jennie, Jisoo, Lisa dan Rose.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mediahiburan.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*