Pelakon Yana Samsudin kini sedang berada di hospital selepas status kesihatannya dilaporkan kurang baik, sejurus dua hari mengalami demam.
Perkara tersebut dimaklumkan suaminya, Fadzil Zahari menerusi Instagram mewakili isterinya pada Rabu.
“Assalamualaikum saya @fadzilzahari nak maklum yang Yana warded malam ni, badannya lemah selepas 2 hari demam teruk.
“Belum dapat keputusan doktor lagi, kalau Inflvenza mungkin kena kuarantin 4 hingga 5 hari,” tulisnya.
Fadzil turut memuat naik foto keadaan terkini isterinya itu.
“Harap hangpa dapat doakan kesembuhan Yana insya-Allah.
View this post on Instagram
”Kami nak mohon maaf buat semua yang ada bersangkutan kerja terpaksa postpone atau kemungkinan tak dapat hadir seperti #FoodStival #StarvendorsJohorJB dan #JelajahSuriaAnggunCottonCollection @angguncottoncollection_hq hujung minggu ini.
”Termasuk beberapa shooting, dubbing & meeting,” tulisnya lagi.
Perkhabaran tersebut pantas menerusi perhatian peminat dan rakan artis yang turut sama menitipkan doa semoga bintang itu dapat sembuh seperti sedia kala.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mediahiburan.my
Leave a Reply