Pelakon jelita, Acha Septriasa mengakui bahawa berdialog dalam Bahasa Melayu merupakan perkara yang paling menc4bar buat dirinya sewaktu diberi tanggungjawab melakonkan watak Datin Seri Dr Wan Azizah dalam filem Anwar: The Untold Story.
Sikap keibuan Wan Azizah
Menerusi panggilan video di sidang media pelancaran filem tersebut, Acha berkata dia mendapat bantuan daripada Farid Kamil.
Saya akui, agak susah dan menc4bar untuk saya melontarkan dialog dalam Bahasa Melayu. Namun, saya bertuah kerana sahabat saya yang juga gandingan dalam filem ini banyak membantu.
Selain membantu dari sudut bahasa, dia banyak membantu saya untuk mendalami watak sebagai Wan Azizah seorang tokoh yang sangat dikenali.
Di samping itu, Acha turut berkongsi mengenai aura dan sikap keibuan yang ada dalam diri Wan Azizah sewaktu mereka bertemu buat kali pertama.
Ia adalah satu penghormatan untuk saya kerana namanya cukup disegani, di samping membawa aura yang sangat kuat.
Dia juga ada aura keibuan dan saya begitu terinspirasi dengan kasih sayang antara dia dan suaminya selain, bagaimana kedua-dua mereka menjalankan tanggungjawab kepada negara.
Ujar Acha, Wan Azizah membawa makanan yang dimasak sendiri olehnya sewaktu mereka bertemu. Lebih teruja, isteri Perdana Menteri Malaysia itu turut memberikan gelang tasbih untuk dirinya.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : ohbulan.com
Leave a Reply