‘Ada Orang Cuba God4m FB, Jangan Ingat Dayah Tak Tahu Siapa..Buatlah Bertaubat’ – Hidayah Abam

Isteri Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Nor Hidayah Mohd Ali melu4hkan perasaan marah terhadap individu yang cuba menggod4m akaun media sosialnya seperti TikTok dan Facebook.

‘Dia nak kac4u Dayah punya bisnes’

Bercerita lanjut mengenai perkara tersebut, Hidayah memberitahu sebenarnya perkara ini sudah lama terjadi tetapi dia hanya bersabar. Tetapi kini, kesabarannya sudah memuncak. Ujar Hidayah lagi, dia tahu siapa individu yang berbuat demikian namun tidak mended4hkan siapa.

Hari ini Dayah tengah marah sebab ada orang cuba god4m Dayah punya TikTok dengan Facebook. Dua hari berturut-turut, ada orang cuba nak ambil. Jangan ingat Dayah tak tahu siapa yang membuat, dekat mana, pukul berapa, nama orang siapa.

Selama ni dia cuba nak ambil Instagram Dayah dengan arw4h suami, Abam. Tapi mereka tak dapat cuba ambil. So hari ini, Dayah memang cukup-cukup marah tau. Dia nak kacau Dayah punya bisnes.

Hidayah juga mempersoalkan mengapa individu terbabit berbuat demikian, adakah kerana mahu menjual akaun media sosial tersebut untuk mendapatkan wang. Sekiranya betul, alangkah bagusnya jika mereka mencari wang dari sumber yang halal seperti berniaga dan sebagainya.

Kenapa eh korang nak ambil, kenapa? Sebab korang nak jual, nak dapatkan duit? Kalau korang dah tak ada duit, korang berniaga lah. Cari duit yang halal, jangan nak cuba ambil Ig, Fb, TikTok orang.

Buat lah bertaubat. Dayah tak kacau orang, Dayah buat bisnes Dayah sendiri untuk besarkan anak Dayah. Korang jangan lah kacau Dayah. Nasihat Dayah jangan ambil hak orang.

Video:

@hidayah_hamzah

2hari ini ada org cuba GODAM dayah punya TT Dan FB ingt dayah xthu siapa yg membuat,buat2 la bertaubat,kalau xd duit berniaga lah jgn suka Ambil hak org, Cari duit Sendiri #sabar #biarorangbuatkita #hidupinisimple #jangansukaambilhakorang

♬ Chill Vibes – Tollan Kim

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*