Tidak din4fikan kini platform TikTok menjadi tempat perkongsian video untuk tatapan umum ataupun sebagai kenangan.
Malah bukan itu sahaja, kini TikTok juga sebagai tempat untuk mempromosikan pelbagai jenis produk yang dijual.
Seperti pelakon Eyra Hazali yang mempunyai cara tersendiri untuk mempromosikan produk jualannya iaitu dengan berkolaborasi dengan anak lelaki sulungnya.
Telatah comel anaknya, Muhammad Hayder Qhalish sentiasa menghiburkan mereka yang melihatnya meskipun Hayder baru berusia dua tahun.
Terbaru, perkongsian Eyra sekali lagi menarik perhatian ramai dimana Eyra mengikut trend terkini di platform TikTok.
Menerusi video tersebut, Hayder perlu memilih antara dua pilihan sama ada membuat kerja rumah ataupun mendapat makanan kegemarannya.
“Selalunya abang bvli mama kan so harini mama pulak bvli abang,” tulis Eyra pada ruangan kapsyen.
Video:
@eyrahazali21 Selalunya abang buli mama kan so harini mama pulak buli abang 🤪 #fyp #breakoat #breakoatchallenge
Menjengah ke ruangan komen, rata – rata warganet turut terhibur melihat gelagat dua beranak ini yang mencuit hati.
Komen Netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : https://beritaawani.com/, sinarviral.com
Leave a Reply