SALAH faham dalam komunikasi atau miscommunication memang boleh mencetuskan huru-hara.
Situasi sama berlaku kepada seorang ibu apabila merakamkan detik si anak kecil yang secara tiba-tiba mer4ung meminta kakak.
Apa yang merunsingkan si ibu ialah kanak-kanak itu merupakan anak sulungnya.
Jadi, siapakah ‘kakak’ yang dimaksudkan? Ser4m!
Namun setelah ditanya berulang kali, rupa-rupanya sebutan tersebut merujuk kepada menu di iklan makanan segera yang kemudian ditunjukkannya menerusi telefon bimbit.
Berkongsi cerita kepada mStar, Munirah Ismail berkata, kejadian berlaku baru-baru ini ketika anaknya yang berusia tiga tahun dan lima bulan itu menghidap demam panas.
Mikayla merupakan kanak-kanak aktif dan periang.
Ibu berusia 31 tahun itu menjelaskan bahawa anak sulungnya, Nur Amyra Mikayla Amir atau Mikayla bukan pertama kali menyebut ‘kakak’ ketika berada di rumah.
“Banyak kali anak saya ni membahaskan dirinya ‘kakak’ ketika di rumah. Dia bahasakan ‘kakak’ tu ketika bermain dengan anak patung dia.
“Tapi pada hari itu dia tak pegang permainan melainkan main game di telefon. Tiba-tiba dia menangis nak kakak, saya terkejut ‘kakak’ mana pula ni?” katanya ketika dihubungi mStar.
Lebih mesra disapa Ira, dia pada mulanya menyangka situasi tersebut mungkin berlaku disebabkan keadaan kesihatan anaknya.
Kadang-kadang Mikayla akan membahasakan dirinya ‘kakak’ apabila bermain dengan anak patung.
“Mikayla sebelum ini pernah s4kit, dem4m sampai cakap benda-benda mengarut. Jadi, ingatkan dia sebut ‘kakak’ sebab ilusi dia.
“Masa tu siang, tapi kalau malam dia tiba-tiba cakap macam tu jadi seram juga. Mungkin ‘hijab’ dia belum tertutup,” ujarnya yang berasal dari Ampang dan menetap di Shah Alam, Selangor.
Namun menurut Munirah, dia tidak menyangka sebutan ‘kakak’ itu sebenarnya adalah ‘geger’ yang merujuk kepada burger di sebuah restoran makanan segera.
“Mula-mula dengar memang tak dapat ‘tangkap’. Hanya dengar ‘kakak’, apabila anak dah mula buka telefon dan tunjuk iklan burger di skrin barulah saya tahu.
Mikayla akhirnya menikm4ti burger yang dihajati.
“Anak saya memang tak boleh nampak makanan segera logo M, pasti dia akan minta nak makan,” tambahnya.
Ujar Munirah lagi selepas berkongsi video berkenaan kepada suami yang sedang bekerja, dia dan anaknya yang berada di rumah menerima makanan itu menerusi servis penghantaran kira-kira 30 minit kemudian.
“Ayah dia pun pada mulanya tak boleh ‘tangkap’. Memang dengar ‘kakak’ sampailah tengok iklan tu. Ayah terus order untuk penghantaran ke rumah,” ujarnya lagi.
Walau bagaimanapun, Munirah yang bertugas di bahagian admin berkata, anaknya pernah menyuarakan hasratnya untuk mempunyai adik.
Munirah (kanan) bersama suami (kiri) dan anak.
“Anak tak pernah kata nak kakak, tapi tahun ini dia cakap nak adik. Dia cakap ‘nak baby’. Dia memang banyak cakap, macam-macam dia nak cerita.
“Dia juga aktif dan periang tapi kuat merajuk. Kalau dia tengah bercakap, kita sibuk tengok telefon dan tak beri perhatian pada apa yang dia cakap, dia akan merajuk.
“Nak pujuk kena pelvk dia. Kalau dah pelvk, dia cakap ‘Mikayla sayang mommy‘ tu kiranya dia dah tak merajuk,” ujarnya secara berseloroh.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar.com.my
Leave a Reply