Seorang isteri yang sedang mengandung tidak dapat menahan kesedihan lalu men4ngis teresak-esak gara-gara suaminya terlupa membelikan telur sebelum beredar ke tempat kerja.
Menerusi perkongsian di Twitter isu semasa viral, memaparkan dua klip video wanita itu meluahkan perasaannya sehingga membuatkan ramai orang seb4k namun menghiburkan.
Dia yang dikenali sebagai Murni Hidayah Azman Tang, 27, kini mempunyai dua orang dan sedang meng4ndung membuatkannya kadang-kadang berasa penat dan ingin marah serta men4ngis. `
“Suami saya dah pergi kerja dan pagi tadi dia dah belikan roti untuk anak-anak tapi dia lupa nak beli telur. Lepastu saya cakap dengan dia, kenapa dia tak beli telur. ‘You’ (awak) tahu tak telur tu makanan ‘I’ (saya) hari-hari. Tak baik buat saya kebulur macam ini.
“Maksudnya bila aku tak sempat nak masak tu, aku akan makan nasi dengan telur dulu petang-petang. Baru aku makan dengan lauk,” katanya sambil men4ngis.
Luah Murni Hidayah, meskipun suami dia meminta maaf kerana terlupa menerusi mesej pesanan khidmat ringkas (SMS), namun dia tetap berasa emosi dan mar4h.
“Aku cakap ‘dah lah, saya tak nak sebab, saya tak nak makan hari ini. Biar je lapar sampai balik nanti you bawak makanan untuk anak-anak’.Aku macam ‘rebel’ (merajuk) macam tu sahaja,” ujarnya.
Pada kawan-kawan yang bakal menamatkan zaman bujang tu sila tengok video ni dengan ucapan selamat maju jaya. Kami kaum lelaki juga untuk di sayangi bukan di lukai.
Part 2 pic.twitter.com/IjBlMLiYi7
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) February 21, 2023
Bagaimanapun, wanita terbabit kemudian kembali men4ngis tetapi kerana terharu dengan suaminya yang pulang sebentar untuk menghantar makanan dan sepapan telur.
“Jadi, tiba-tiba masa saya tengah basuh pinggan, saya dengar bunyi gate (pagar). Ingat jiran sebelah, rupa-rupanya suami saya balik bawa makanan iaitu kuetiau dan telur.
“Kau g1la apa, suami saya buat ‘sales’ (jualan) dekat Taman Desa dan dia naik motosikal kawan dia. Saya jadi risau sebab bahaya dan tersentuh sangat. Sebabkan telur je, saya marah, dia sanggup balik hantar,” katanya.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : kosmo.com.my
Leave a Reply