Jasa ibu bapa tidak mungkin dapat dibalas oleh anak-anak. Jika dikira jasa ibu bapa, pasti ia takkan terbalas. Lebih dari buih-buih di lautan, begitu banyaknya jasa mereka terhadap kita.
Namun mungkin kita sebagai seorang anak boleh ikhtiarkan sesuatu bagi memudahkan urusan mereka dalam menjalani kehidupan seharian.
Sama juga seperti lelaki ini yang baru-baru ini tular di laman Tiktok kerana difahamkan telah memberi hadiah kepada bapanya berupa sebuah kereta.
Berdasarkan video yang tular di laman Tiktok joyrudy, pemilik video dilihat membawa satu kunci kereta sambil mengekori bapanya yang ingin menunggang motosikal.
Setelah menerima kunci dan melihat kereta tersebut, bapa kepada pemilik video dilihat sebak, sambil memelvknya sambil mengalirkan air mata.
Video:
@joyrudy Hadiah untuk Mak Ayah 🚙 Tak dapat nak hadiahkan rumah besar & kereta mewah lagi, tapi boleh laa buat pi mana-mana. Semoga mak ayah sentiasa sihat & dipermudahkan segalanya 🙏🏼 Tabungan bersama Aimi Rudy & Rusydi Amir & Aimi Rozana
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 490k tontonan, 71k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata memuji dan mendoakan supaya pemilik video supaya sentiasa dimurahkan rezeki.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : tiktok joyrudy
Leave a Reply