SIAPA yang tidak terharu tatkala mendapat kejutan hadiah? Apatah lagi pemberian yang diterima adalah sesuatu yang sudah lama dihajati.
Begitulah momen seorang ibu yang membuat kejutan di dalam kereta dengan menghadiahkan anak sulungnya aksesori permainan video.
Bukan sekadar senyum ‘sampai ke telinga’, malah kasih ibu mengundang seb4k remaja lelaki itu sehingga menitiskan air m4ta.
Ibu berkenaan, Siti Noraisah Nordin berkata anak sulungnya pernah menyuarakan hasrat mahu memiliki sebuah stereng kereta bagi permainan Play Staystation 4 (PS4).
Wanita berusia 36 tahun itu memberitahu, dia menyedari perkara itu apabila membawa anaknya, Muhammad Fakhrusy Syakirin Zaini, 14, ke sebuah pusat beli-belah.
“Kebetulan lalu depan kedai video game. Dia cakap nak masuk dalam sekejap, nak tengok-tengok dan saya hanya tunggu dia di luar.
“Memandang dari luar, saya perasan dia pergi dekat satu tempat ni. Dia tunggu lama, tengok je permainan PS4.
“Selepas itu, dia keluar dan beritahu saya dekat kedai tu ada jual stereng kereta PS4. Pada masa tu saya cakap nanti saya belikan,” katanya kepada mStar.
Aisyah (kanan) bersama anak sulung.
Lebih mesra disapa Aisyah, dia sebenarnya boleh saja menunaikan permintaan anaknya pada ketika itu, tetapi mahu mengambil pendirian berbeza.
“Saya tak suka belikan sesuatu barang dia nak dalam waktu itu juga. Saya akan bagi dulu anak-anak rasa yang tak semua benda kita nak, kita akan dapat.
“Apabila saya cakap, nanti akan belikan, dia pula katakan nak kumpul duit sendiri jika saya tiada duit,” ujarnya mengenai anak sulungnya yang kini belajar di tingkatan dua.
Anak sulung Aisyah menunjukkan hadiah aksesori permainan video.
Menurut ibu kepada tujuh cahaya mata itu, dua minggu kemudian dia teringat kembali kisah stereng berkenaan dan terus membuat pembelian secara dalam talian.
“Saya pun tak tahu macam mana nak kejutkan dia tanpa adik-adik dia ganggu. Saya pun ajak dia temankan saya pergi kedai dan itulah yang berlaku, dia sangat terharu.
View this post on Instagram
“Sebenarnya saya lagi terharu dengan dia yang rajin menolong membuat kerja-kerja rumah, sangat membantu dan semua kerja dia nak buat,” ujarnya yang berasal dari Kuantan, Pahang.
Menyifatkan Along sebagai anak yang baik, Aisyah yang berniaga barangan permainan di Teluk Chempedak berkata, anak sulungnya begitu menyenangkan.
Aisyah bersama keluarga.
“Sejak Along lahir sampai ke hari ini, dia langsung tak pernah melawan cakap saya. Sekali pun tak pernah. Jika saya marah atau membebel, dia diam je dan terus minta maaf..
“Anak sulung saya ni juga selalu mengalah dengan adik-adik. Sebenarnya saya sendiri anak sulung. Saya tahu bukan senang nak jadi anak sulung.
“Saya pun berasal daripada keluarga yang tak senang, adik-beradik 10 orang. Masa tu saya rasa betapa banyak simpan rasa dalam hati.
“Saya tak nak anak sulung rasa macam yang saya rasa, itu yang selalu ditekankan pada anak-anak. Cuba belajar menghargai walaupun sesuatu itu nampak kecil,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mstar.com.my
Leave a Reply