“Berat mata memandang, Berat lagi bahu yang mem1kul” – Semoga dengan ujian ni Allah angkat darjat abang ni dan dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, dugaan hidup ini sentiasa akan ada untuk mematangkan lagi hidup kita pada hari yang mendatang. Bukan sahaja dugaan itu datang untuk menyusahkan hidup kita tetapi untuk memberi kekuatan pada kita.

Setiap orang diberikan dugaan hidup yang berbeza, ada yang kehilangan ahli keluarga, sahabat, pasangan hidup tetapi ada juga yang diduga apabila kehilangan salah satu anggota badan yang penting tetapi ianya tidak mematahkan semangat kita untuk terus hidup.

Begitulah keperitan yang dirasai oleh seorang pemuda yang kehilangan tangan kirinya akibat satu kemalangan yang tidak dinyatakan tetapi pemuda itu cekal dan tabah dalam menghadapi kehidupan yang mendatang kerana ianya dugaan dalam kehidupannya.

Sebuah video telah dimuatnaik apabila video itu memaparkan seorang pemuda yang sedang melawat kubur tangan kirinya yang telah tiada dan dikuburkan di tempat itu. Kelihatan pemuda itu sedang membaca doa dan menangis apabila melawat kubur tangannya itu.


Setelah diterjah ke ruangan komen, rata-rata warganet sedih apabila melihat video itu dan turut bersimpati dengan nasib yang menimpanya itu dan meninggalkan kata-kata semangat buat pemuda itu.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.instagram.com/kongsi.viral/, .sinarviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*