Sejak kebelakangan ini, penyanyi Shila Amzah dilihat terbuka berkongsi mengenai hubungan istimewanya bersama pempengaruh media sosial, Ubai MZ.
Terbaharu, pemilik nama penuh Nur Shahila Amir Hamzah, 33, menerusi satu hantaran di IG Stories berkongsi satu nukilan istimewa buat Ubai.
Kata Shila, dia menyifatkan Ubai sebagai seorang insan yang kuat selain menjadikan remaja berusia 25 tahun itu sebagai pemberi inspirasi buat dirinya.
“Mengenali awak, awak adalah seorang insan yang kuat, selalu memberi inspirasi dan rajin bekerja.
“Awak telah melalui banyak cab4ran yang teruk namun awak kembali kuat dan masih berdiri.
“Awak juga bersedia mengharungi apa jua cab4ran yang mungkin cukup bod0h yang akan mendatang.
“Ubai, awak sentiasa memberikan saya satu inspirasi dalam melakukan sesuatu perkara yang mungkin saya saya tidak mahu buat,” katanya.
Pada hantaran sama, Shila turut memuat naik sekeping gambar dia bersama pempengaruh media sosial itu yang berlatar belakangkan pemandangan pantai.
Dalam masa sama, pelantun lagu Patah Seribu itu turut mengakui hidupnya kini lebih bermakna selepas Ubai hadir dengan membawa rasa gembira dan cinta kepadanya.
“Awak ajar saya berjuang dengan apa yang saya percaya dan tidak pernah berputus asa dalam apa jua keadaan.
“Awak telah membuat saya rasa untuk ketawa di saat saya berasa untuk terus men4ngis.
“Awak telah bantu saya keluar daripada mood buruk dengan cara yang mungkin tidak pernah dilakukan oleh orang lain.
“Awak juga telah membawakan saya rasa gembira, ketawa dan cinta. Saya mahu lakukan semua perkara bersama awak,” tambahnya lagi.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : gempak.com
Leave a Reply