Titip Doa Yang Baik, Watie Hantar Ibu Shuib Tunai Umrah

Ibu kepada usahawan dan penyampai radio, Shuib iaitu Salamiah Jalani berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah pada Ahad.

Perkara tersebut dikongsikan Salamiah menerusi beberapa foto yang dikongsikan pada laman Instagram miliknya.

Mencvri perhatian, Watie Hanifiah yang mengenakan persalinan jubah hitam turut dilihat di dalam gambar, hadir bersama-sama menghantarnya ke lapangan terbang sebelum berangkat bersama ahli keluarga lainnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by salamiahjalani (@amy_salmi)

“Hari ini Ayash (cucu) datang hantar nenek pergi menunaikan umrah,” tulisnya pada foto terbabit.

Meninjau ke ruangan komen, Watie ada menitipkan ucapan semoga urusan umrah Salamiah dipermudahkan.

Anaknya Shuib turut memberikan respon buat ibu tercinta.

“Semoga dipermudahlan segala urusan mama dan mendapat umrah yang mabrur ma,” tulis Watie.

“Semoga dipermudahkan urusan pergi dan pulang. I love you mama,” dedikasi Shuib.

Komen yang ditulis mereka juga menerima tanda suka para peminat.

Sementara itu, menerusi Insta Story, Shuib tidak dapat menghantar ibunya kerana difahamkan, dia terlibatkan dalam sebuah acara di luar kawasan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by salamiahjalani (@amy_salmi)

“Tak dapat nak hantar mama sebab adik kerja. Semoga dipermudahkan segala urusan pergi dan balik untuk mama. Sayang mama.

“Semoga dapat umrah yang mabrur. Doakan mama saya Salamiah binti Jalani,” tulis Shuib.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mediahiburan.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*