Murid berebut nak salam, pelvk c1um cikgu… ada yang ‘cek1k manja’ sebab terlebih sayang! Guru kongsi rahsia ‘ngam’ dengan pelajar

GURU memainkan peranan penting dalam membentuk generasi masa hadapan.

Ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain, guru mendidik anak bangsa menjadi insan berguna dan mampu berbakti kepada masyarakat.

Begitulah prinsip yang dipegang Gaithiry Chandra Segaran, 28, yang merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Kementah, Kuala Lumpur dan sudah berkhidmat selama hampir tiga tahun.

Melalui satu video tular di TikTok, Gaithiry dilihat dikerumuni anak muridnya yang mahu bersalaman, pelvk c1um, malah ada juga yang menc3kiknya dengan mesra sehingga ramai tertanya-tanya apakah rahsia di sebalik wujudnya hubungan akrab itu.

“Sebagai seorang guru, hubungan dua hala antara anak murid dengan kita sangat penting. Kita tak boleh biar kita sahaja bercakap dan anak murid kena mendengar sepanjang masa.

“Kalau nak jadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu menarik, pertama sekali kita kena pastikan anak murid itu selesa untuk berbual dengan kita.

“Sejak kecil lagi cita-cita saya memang nak jadi seorang guru, saya suka kerjaya ini dan sayang anak murid saya,” kata Gaithiry ketika dihubungi mStar.

IMG_1463

Bagi Ghaitiry, berdepan dengan murid nakal sudah jadi perkara biasa.

Gaithiry yang merupakan guru kelas tahun satu memberitahu dia perlu belajar untuk mendekati anak muridnya memandangkan mereka masih baharu dalam alam persekolahan.

“Saya dipertanggungjawabkan mengajar empat kelas untuk subjek Bahasa Melayu dan Matem4tik dengan setiap bilik darjah ada 40 lebih anak murid.

“Jadi apabila kita mengajar murid umur tujuh tahun ni, kita kena tahu macam mana nak handle dan berkomunikasi dengan mereka.

“Saya cuba kenali mereka dengan lebih dekat, maka dari situlah kami boleh jadi rapat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama,” kata Gaithiry yang merupakan guru lepasan Institut Pendidikan Guru (IPG) Ulu Kinta, Perak.

Menceritakan pengalamannya menjadi guru kepada murid tahun satu, Gaithiry terkejut kerana mereka semua dapat dikatakan berkelakuan baik.

Gaithiry menganggap anak muridnya seperti anak sendiri.

“Saya memang kagum lihat anak murid saya, mereka ni walaupun umur baru tujuh tahun tapi dah tahu macam mana nak menghorm4ti cikgu-cikgu dan orang yang lebih tua dari mereka.

“Saya tak boleh cari apa-apa kelemahan dalam diri mereka. Mereka dengar apa yang kita cakap. Tak melawan. Dari segi attitude memang A+.

“Tapi seperti biasa la… sebab mereka masih kanak-kanak, ada juga kenakalan tu dan ada yang manja.

“Kita sebagai seorang guru kena tahu macam mana nak kawal mereka dengan cara yang sepatutnya,” ujar Gaithiry.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Menyentuh mengenai kaedah pengajaran pula, Gaithiry berkata perkara paling utama baginya adalah untuk mewujudkan suasana bilik darjah yang menyeronokkan.

“Dalam kelas saya ni ada berpuluh-puluh murid, ada yang diakui bijak, cepat tangkap apa yang diajar dan ada juga yang memerlukan perhatian lebih daripada guru.

Gaithiry mahu sentiasa mencipta momen indah bersama anak muridnya.

“Tapi pokok pangkalnya, kita sebagai guru kena cuba untuk tarik minat murid dalam kelas itu, make it fun. Bila kita dah dapat tangkap mereka punya attention, barulah mereka akan fokus.

“Contohnya untuk subjek Matem4tik, murid pun tahu subjek ini bosan dan susah. Jadi saya sebagai seorang guru kena ada effort, bukan hanya masuk kelas, bawa marker dan menulis di papan putih

“Sebab itu dalam video TikTok boleh tengok saya bawa bahan bantu mengajar dalam kelas untuk berinteraksi dengan murid. Saya akan buat aktiviti supaya minda mereka berada dalam kelas itu,” terang Gaithiry.

Gaithiry juga sedar disebabkan usahanya untuk mendekati anak murid, dia kini mendapat tempat istimewa di hati mereka.

“Saya sebagai seorang Indian memang kagum bila anak murid semua datang berebut untuk bersalam dengan saya, rasa macam new environment.

“Saya yang paling teruja bila dekat mana pun anak murid jumpa saya, mereka akan datang nak peluk saya. Sampai guru-guru lain pun ada yang jealous.

Gaithiry mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perguruan.

“Mereka tertanya kenapa anak murid ni semua asyik nak peluk Cikgu Gaya je. Perkara macam ni la yang buatkan saya semangat datang sekolah mengajar,” kata Gaithiry.

Walaupun begitu, Gaithiry tidak menafikan video tular yang dikongsikannya mendapat kecaman daripada sesetengah netizen kerana dikatakan mendedahkan wajah anak muridnya di internet.

“Jadi saya nak beritahu kepada netizen di luar sana, ibu bapa anak murid memang benarkan saya untuk buat video macam itu walaupun nampak wajah anak mereka.

“Mereka sangat supportive. Dulu video saya pun ada masuk for you page (fyp), ibu bapa cakap it is okay kalau video itu berniat yang baik. Lain la kalau video itu saya pukul anak dan sebagainya.

“Pihak ibu bapa pun tak ada masalah dengan perkara ini. Jadi sepatutnya tak ada isu juga tentang video ini. Video itu cuma menunjukkan anak murid memberikan kasih sayang kepada cikgunya.

“Tujuan saya muat naik video dekat TikTok tu pun sebab nak dijadikan sebagai inspirasi kepada yang lain. Jadikan pembakar semangat kepada mereka. Supaya jangan takut untuk ceburi bidang perguruan,” ujar Gaithiry mengakhiri bicara.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*