“Doakan semoga kami dikurniakan zvriat…,” – Sweetnya ucapan anniversary perkahwinan Zulin Aziz buat suami tercinta

Setiap suami ataupun isteri, pastinya ingin dihargai oleh partner masing-masing. Tidak kira apa jua bentuk penghargaan sekali pun, pasti hati berbunga-bunga menerima sesuatu kejutan daripada insan istimewa terutama sekali pada anniversary perkahwinan.

Menyambut anniversary adalah detik yang cukup membahagiakan bagi suami dan isteri. Tidak kira murah atau mahal nilai sesuatu sambutan, semua itu tetap dihargai sebaik-baiknya selain berharap perkahwinan yang dibina akan kekal hingga ke Jannah.

Sama seperti selebriti Zulin Aziz, dimana hari ini dia dan suami iaitu Farhan Norzaini menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.

Menerusi laman sosial instagram, Zulin menulis nukilan indah buat suami tercinta iaitu Farhan Norzaini sambil memuat naik foto mereka untuk tatapan umum.

“20 February 2023.

“Happy 1st anniversary Baby. Here’s to many more years. Of Love and togetherness. Setahun usia perkahwinan mengajar kita tentang mengenali satu sama lain.

“Menerima kurang lebih setiap dari kita. Memahami,terbiasa .Bawa ke tahun2 seterusnya. Makin lama makin cinta. Kita sederhana tapi bahagia. Syukur ya Allah. I love you husband @farhannorzaini Till jannah

“Jika tak keberatan, Doakan semoga kami dikurniakan Zvriat. Semoga doa2 kita diperkenankan,amin ya rab,” tulis Zulin di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz)


Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 14.4k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata mengucapkan selamat ulang tahun perkahwinan kepada pasangan suami isteri ini.

Untuk rekod, Zulin dan suami mendirikan rumah tangga pada 20 Februari tahun lalu.

Dia sebelum ini mendedahkan pernah mengalami keguguran pada Ogos lalu.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : instagram zulinaziz

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*