Anak sempat bermanja minta dvkung sebelum men1ngg4l di Madinah! Bapa kongsi kejadian merpati ‘lawat’ ketika baca Yasin

KETERUJAAN seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun mengikut keluarganya menunaikan umrah, berakhir dengan berita yang menyedihkan.

Kanak-kanak comel itu, Nur Alesha Ammara Mohamad Amirul menghembuskan nafas terakhir di Madinah akibat j4ngkit4n kuman, pada Selasa.

Bercakap kepada mStar, bapa arw4h iaitu Mohamad Amirul Zulkafly berkata, dia sekeluarga berangkat ke Tanah Suci pada 4 Februari lalu, selepas rancangan itu tertunda selama kira-kira tiga tahun disebabkan oleh p4ndem1k c0vldl9.

anak umrah meninggal 8 W

Arw4h Nur Alesha (kiri) bersama ibu dan abang.

Jemaah berusia 36 tahun itu memberitahu, tarikh berkenaan juga merupakan hari ulang tahun ke-4 Nur Alesha Ammara yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik.

“Selepas tertangguh selama tiga tahun, akhirnya kami dapat buat umrah di Tanah Suci. Tiket penerbangan pada hari jadi anak saya, Alesha.

“Dia yang paling seronok nak ke sana (tanah suci). Rupa-rupanya Allah dah rancang yang terbaik buat dia, men1ngg4l dvnia selepas selesai menunaikan umrah.

“Alesha men1ngg4l dvnia kerana j4ngkit4n kvman di bahagian otak, pada pukul 3.05 petang di Madinah, pada 14 Februari,” katanya ketika dihubungi.

Ibu menjaga Nur Alesha di hospital di Madinah.

Lebih mesra disapa Amirul, katanya, Alesha seorang kanak-kanak yang sihat, aktif, ceria dan pintar berkomunikasi, serta tiada tanda-tanda s4kit sepanjang mengerjakan umrah.

“Selepas kami selesai buat umrah, kami bergerak ke Taif pada 9 Februari sebelum ke Madinah dengan menaiki bas, perjalanan kira-kira enam ke tujuh jam.

“Pada 11 Februari, kami pergi melawat Masjid Nabawi dan bersiar-siar di kawasan sekitar termasuk di luar tanah perkuburan Baqi’ dekat masjid tersebut.

“Alesha tiba-tiba tak nak berjalan. Dia tak men4ngis, hanya manja minta saya dukung dia sepanjang meninjau tanah perkvburan Baqi’ dari luar,” ujarnya yang berasal dari Arau, Perlis.

Allahyarham Nur Alesha merupakan kanak-kanak yang ceria, penyayang dan peramah.

Menurut guru sekolah rendah di Ranau, Sabah itu, anaknya bagaimanapun dem4m selepas pulang dari ziarah dan hanya berehat di hotel.

“Kami pada mulanya anggap dia sekadar dem4m biasa, mungkin penat sebab berada dalam bas agak lama. Tapi pada pukul 2 pagi dia menggigil teruk dan badannya kejang.

“Jadi kami bawa dia ke sebuah hospital kanak-kanak berdekatan menggunakan ambulans untuk pemeriksaan dan rawatan. Pada Isnin, doktor cakap, anak kamu sangat s4kit, get ready kalau apa-apa berlaku,” katanya sambil menambah rombongan umrah tersebut turut disertai ibu bapanya dan keluarga adik-beradiknya seramai 16 orang.

anak umrah meninggal 3

Seekor burung merpati turut serta ketika bacaan Yasin di Masjid Nabawi.

Enggan berputus asa, dia sekeluarga bersama rombongan membaca Yasin di Masjid Nabawi dan ketika itulah sesuatu yang tidak disangka-sangka berlaku.

“Sewaktu baca Yasin, tiba-tiba ada seekor burung merpati berjalan masuk menghampiri saya sebelum ke tengah bulatan yang dikelilingi kami para jemaah.

“Selepas 10 minit berada di tengah-tengah, ia keluar semula. Ia masuk melalui paha kiri saya dan keluar melalui paha kanan. Hati saya terdetik adakah ia satu petanda,” ujarnya yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 12 tahun.

anak umrah meninggal 4 W

Ramai turut serta pada pengebumian Allahyarham Nur Alesha di tanah perkuburan Baqi’.

Selain itu, Amirul berkata, arw4h anaknya turut meminta untuk dibelikan jubah berwarna putih semasa berada di Makkah dan mahu memakainya.

“Dia minta kami belikan, dan nak pakai terus. Saya kata nanti dulu sebab belum cuci. Ingatkan nak pakaikan dia jubah putih tu semasa di Madinah, tapi tak kesampaian,” tambahnya.

Menggambarkan arw4h sebagai anak yang penyayang, peramah dan menghorm4ti orang tua, Amirul berkata, urusan pengebumian anaknya dipermudahkan di tanah perkvburan Baqi’.

“Alesha dikebumikan pada pagi 15 Februari, dan petang itu kami menaiki penerbangan pulang ke tanah air. Begitu hebat perancangan Allah, mempermudahkan urusan kami.

“Saya terharu ramai yang hadir untuk solat jen4zah dan mengiringinya ke pus4ra. Ramai sayang Alesha,” katanya yang reda dengan ketentuan Ilahi.

anak umrah meninggal 7 W

Kenangan… Amirul (belakang, kiri) isteri dan anak-anak.

Bagi Amirul, ada hikmah di sebalik pemergian anak perempuannya dan dikebumikan di Tanah Suci.

“Jika sebelum ini datang ke Madinah dapat menziarah makam Rasulullah, tapi sekarang ada juga pusara anak. Rezeki nak datang ke tanah suci itu nanti adalah urusan Allah.

“Apa yang saya mahu kongsi dengan ibu bapa di luar sana adalah anak itu adalah satu rahmat, rezeki dan amanah. Nakal macam mana sekali pun, jangan anggap anak itu menyusahkan atau membebankan kita… anak merupakan satu nikmat yang Allah berikan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*