Usia Dah Masuk 75 Tahun, DJ Dave Masih Kekal Kacak! Nafi ‘Cvcuk’ Botox, Selalu Ingat Pesan Ayah

Pada usia 75 tahun, penyanyi terkenal era 1970-an, Datuk DJ Dave masih kekal berstamina dan aktif dalam lapangan aktiviti yang dilakukannya.

Penyanyi lagu Menjelang Hari Raya itu berkata, dia menjaga kesihatan dengan bersenam, bersukan dan mengawasi pengambilan makanan sejak dari zaman muda.

Kongsinya, dia sama sekali tidak pernah bersetuju dengan sebarang svntikan vitamin atau rawatan tertentu yang hanya bersifat sementara.

“Tidak! Saya tak pernah buat perkara seperti itu. Saya tak pergi ambil svntikan untuk awet muda. Saya tak boh0ng!

“Saya tak pernah buat botox atau apa pun. Saya cuma bersenam di rumah dengan kerap dan tidak pergi ke gim. Saya juga mengamalkan makanan seimbang kerana bagi saya kita perlu bakar kalori yang kita ambil dari makanan kita.

“Tak lupa saya ambil vitamin seperti vitamin C dan D. Saya akan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Saya juga sukakan ulam selain mengurangkan pengambilan daging danbanyak makan ikan kerana ia penting,” katanya semasa ditemui pada majlis sambutan ulang tahun kelahirannya ke-75 di Rumah Titian Kasih, Titiwangsa baru-baru ini.

Semasa majis tersebut, DJ Dave atau nama lengkapnya, Irwan Shah Abdullah mendendangkan tiga lagu dan berbesar hati menyampaikan sumbangan wang tunai dan cenderahati kepada premis tersebut, termasuk setiap penghuni.

Mengulas sambutan tersebut, DJ Dave yang juga Presiden Yayasan Kebajikan Artis Tanah Air berkata, perkara itu sudah dilakukan sejak lima dekad lalu.

Katanya, ia adalah usaha murninya meraikan kanak-kanak, golongan istimewa, kurang upaya, asnaf dan mereka yang kurang berkemampuan.

“Selama 50 tahun dalam industri seni, tradisi itu sudah saya amalkan tanpa mengira bangsa dan agama.

“Sejak kecil, saya sudah dididik supaya sentiasa membahagiakan dan menghargai orang lain tanpa mengira darjat,” katanya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Masa Merubah Segalanya ini tidak lokek untuk berkongsi tips untuk kekal aktif.

“Saya ikut nasihat ayah saya yang mana kalau nak melakukan sesuatu lakukan dengan baik jangan lakukan sesuatu yang boleh mendatangkan musibah kepada diri sendiri.

“Saya senang hati berkongsi tips ini dengan orang lain, tiada rahsia untuk saya kekal sihat,” ujarnya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : keluarga.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*