“Tiada lagi air m4ta untuk men4ngis”… Zaiton Sameon akui kisah hidupnya kini ada kaitan dengan lagu pernah dinyanyikan

Lebih 30 tahun berada dalam industri seni, penyanyi Zaiton Sameon mengakui kehidupannya kini berkait rapat dengan lagu-lagu popular yang pernah dinyanyikan olehnya sebelum ini.

Menurut Zaiton, 67, lirik yang dinyanyikan dalam beberapa lagu itu seolah-olah menggambarkan kisah dvka perjalanan hidupnya.

“Saya sangat terharu dengan perhatian orang ramai tetapi tidak boleh men4ngis. Sudah tidak ada air mata lagi untuk men4ngis.

zaiton3 - 1

Zaiton akui tiada lagi air mata untuk men4ngis.

“Lagu-lagu saya semua ada kena mengena dengan hidup saya kan? Berendam Airmata, Menaruh Harapan dan Diriku Yang Tersingkir,” katanya kepada mStar.

Mengimbau detik hitam kemal4ngan yang menimpanya kira-kira 32 tahun yang lalu, Zaiton berkata dia tidak pernah meminta mana-mana bantuan daripada persatuan artis.

Sepanjang tempoh itu juga tiada mana-mana pihak yang mengambil tahu mengenai kebajikannya sebagai seorang anak seni.

“Sepatutnya mereka ambil tahulah tentang perkembangan saya kan?

“Kenapa sewaktu saya di hospital masing-masing berebut datang, tetapi selepas saya keluar hospital, tiada sebarang bantuan diberikan,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Real zaiton sameon (@real_zaiton_sameon)


Apa yang membuatkan Zaiton lebih sedih apabila ada pihak mend4kwa dia sudah tidak boleh menyanyi lagi.

Malah kenyataan itu dikeluarkan sendiri oleh rakan artis seangkatannya.

“Ada individu yang membawa mulut memberitahu penganjur bahawa saya kini sudah tidak boleh menyanyi dan dikatakan ‘l4lok’.

“Saya masih lagi boleh menyanyi, mengingati lirik, malah mengaji pun masih boleh membaca dengan tajwid yang betul,” katanya.

zaiton2 - 1

Zaiton kini merupakan pemegang kad OKU.

Pada 14 November tahun lalu, Zaiton menerima kad Orang Kurang Upaya (OKU) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas disahkan mengalami Traum4tic Brain Injuries atau Tr4uma Kecederaan Otak berikutan kemal4ngan ng3ri yang hampir mer4gut nyawanya pada 1990.

Dalam kemal4ngan itu, anaknya iaitu Azirwan Abu Bakar terk0rban dalam nah4s tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*