Pr4nk suami buat reviu produk, rupanya Emma Maembong selit kit ujian hamil… Bakal timang anak kedua

PELAKON Emma Maembong berkongsi berita gembira memaklumkan dirinya kini sedang hamil anak kedua.

Menerusi perkongsian video di Instagram, Emma memberi kejutan kepada suami dan orang terdekat dengan menunjukkan tanda positif pada alat ujian kehamilan.

“Syukur Alhamdulillah,” tulisnya pada ruangan kapsyen yang dimuat naik pada Rabu.

emma 2

Emma dan suami bersama anak pertama mereka.

Dalam video tersebut, Emma secara bergurau sengaja mengajak suaminya iaitu Muhammad Shazli Azhar untuk rakaman reviu sebuah produk.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial)


Ia bagaimanapun hanyalah satu kejutan dan Shazli sendiri dilihat tidak mampu menahan air mata apabila mengetahui mengenai kehamilan tersebut.

“Betul ke? Sumpah?” respon Shazli seakan tidak percaya.

Dalam rakaman itu juga Emma menunjukkan reaksi terkejut ibu, adik-beradik serta rakan terdekat apabila dimaklumkan mengenai berita gembira itu.

mStar sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut daripada Emma mengenai kehamilannya itu.

Emma atau nama sebenarnya Fatimah Rohani Ismail, 30, dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Shariq Gabriel, 3 tahun.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : https://www.mstar.com.my/, sinarviral.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*