“Terima kasih kerana menjadi ibu yang penyayang…,” – Sweetnya ucapan hari lahir dari PU Riz buat isteri tercinta

Pencetus Ummah (PU) Riz meraih perhatian wargamaya apabila berkongsi ucapan manis bersempena ulang tahun kelahiran isteri tercinta iaitu Neelofa.

Menerusi laman sosial Instagram, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail memuat naik gambar bersama isteri tercinta untuk tatapan umum.

Menurut PU Riz, dia berharap hari lahir Neelofa pada kali ini lebih bermakna, dimana dengan doa orang-orang soleh solehah sekeliling isterinya itu inn sha Allah akan diberikan dengan kehidupan yang baik.

Selain itu PU Riz juga berterima kasih kepada isterinya itu kerana menjadi ibu yang penyanyang kepada Muhammad Bilal dan menjadi isteri yang baik kepada dirinya.

“Selamat Hari lahir buat isterisolehahku. Semoga hari Jadi pada Kali ini lebih bermakna dalam hidupmu dengan Doa orang orang soleh solehah sekelilingmu inn sha Allah dihidupkan dirimu dengan kehidupan yang baik.

“Terima kasih kerana menjadi ibu yang penyayang Pada muhammad Bilal & isteri yang baik pada diriku. Moga Allah kurnia جنة untukmu. Sungguh dirimu adalah antara insan yg hebat pernah kukenali

“Akhir kata agar Allah kurniakan affiyyah dalam kehidupanmu dan terus menjadi wanita yg menjadi asbab agama tersebar seluruh alam.

“Setelah 3 hari mencari gambar yang nampk sedikit kurus akhirnnya jumpa Alhamdullillah. Sekarang pun bukannya gemvk cuma bahagia,” tulis PU Riz di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)


Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah mendapat 77.5k tanda suka dan pelbagai komen dari netizen yang rata-rata turut mendoakan dan mengucapkan selamat hari lahir untuk Neelofa.

Sekadar info, Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada Mac 2020 dan mereka kini dikurniakan seorang anak iaitu Muhammad Bilal.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : instagram hrisbismail

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*