Shila Amzah akui Ubai teman istimewa

Pempengaruh TikTok, Ubai mengesahkan sedang menjalin hubungan istimewa dengan penyanyi terkenal, Shila Amzah sejak tahun lalu.

Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, berkata, dia mula berkawan rapat dengan Shila selepas penyanyi itu melalui fasa sukar dalam kehidupan peribadinya.

“Saya sudah mengenali Shila sejak tahun 2011, tapi hubungan kami bertambah akrab sekitar 2014.

“Namun sejak tahun lepas hubungan kami menjadi semakin rapat selepas dia mengalami fasa sukar dalam hidupnya (bercerai).

“Sebagai kawan saya sentiasa mahu yang terbaik untuk Shila dan ada disampingnya saat dia memerlukan peneman untuk meluahkan segala ujian yang dilalui.

“Tak sangka hubungan itu lama-kelamaan menjadi semakin serius dan semalam dia berkongsi mengenai hubungan kami ketika siaran langsung di TikTok,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

@faradyana90

Doa yg baik2, kalau dah jodoh tak ke mana.. ❤❤😊😊 #ubaimz #fyp #fypシ #shahilaamzah #shilaamzah #umurbukanpenghalang

♬ suara asli – PHOTOBAPER89 – PHOTOBAPER89

Menurut Ubai, pendedahan dibuat Shila pada sesi siaran langsung di TikTok adalah secara spontan selepas ‘diasak’ oleh peminat dan disaksikan lebih 13 ribu pengikut.

“Kami memang tidak berniat nak bercerita mengenai hubungan kami semalam. Tapi entah macam mana, tiba-tiba Shila berkongsi mengenai perkenalan dan status hubungan kami.

“Sebenarnya siaran langsung itu dibuat sekadar suka-suka saja sementara tunggu Shila bersiap untuk keluar bermain badminton bersama.

“Walaupun semalam saya tak banyak cakap tapi dia adalah teman istimewa saya dan kami selesa berkawan. Malah kami banyak berkongsi persamaan.

“Buat masa ini, saya belum membawa Shila bertemu ahli keluarga lagi, tapi Alhamdulillah famili saya okey dengan perhubungan ini,” katanya.

@faradyana90

Replying to @aidennnnn682 Nah dorg ada explain sikit2 tadi masa live.. yg selebihnya tuan badan je yg tau.. hihihi tapi dorg comel la kalau togetherrrrr.. 😁😁😍😍 #ubaimz #fyp #fypシ #shahilaamzah #shilaamzah #umurbukanpenghalang

♬ Hal Hebat – Umimma Khusna

Semalam Shila dan Ubai mended4hkan mengenai status hubungan dan perkenalan mereka yang selama ini menjadi teka-teki.

Malah menerusi siaran langsung itu, Shila beberapa kali dilihat memanggil Ubai dengan panggilan sayang.

Untuk rekod, Shila berc3rai tal4k satu dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : hmetro.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*