“Dia Tahu Minat Saya…” – Fyna Jebat Terima Sokongan Suami Untuk Kembali Menyanyi

Penyanyi Fyna Jebat menjelaskan bahawa suaminya, Datuk Zainal Abidin memberikan sokongan penuh dan membenarkan dia untuk kembali aktif menyanyi semula.

Kata Fyna atau nama sebenar Nur Syafinaz Jebat, 29, suaminya yang juga bekas jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan sangat memahami minatnya dalam bidang nyanyian.

Malah, Zainal tidak menetapkan sebarang syarat atau kekangan buat adik kepada pelakon dan penyanyi Ayda Jebat itu.

“Alhamdulillah, baik datang dari keluarga, suami, peminat dan semua yang mengenali saya, mereka sangat menyokong untuk saya kembali aktif menyanyi semula.

“Suami saya dia bagi je untuk saya kembali menyanyi sebab dia tahu minat saya memang menyanyi.

“Dia pun tiada letakkan sebarang syarat kepada saya. Dia sokong sahaja apa yang saya buat. Asalkan mana yang terbaik untuk saya, dia ok,” katanya kepada Gempak.

Fyna berkata demikian usai dia dinobatkan sebagai pemenang tempat kedua sebuah acara nyanyian yang disertai bersama kakaknya, Ayda pada Ahad.

Dalam pada itu, ditanya adakah dia sudah boleh membiasakan diri dengan kritikan netizen susulan pendedahan secara mengejut dirinya sah bergelar isteri kedua kepada Zainal, Fyna berkata dia mengambil segala komen tersebut untuk memperbaiki diri.

“Saya tahu banyak komen negatif dan ada juga positif yang diberikan kepada saya. Secara peribadi, apa yang baik saya ambil dan apa yang tak baik pun saya ambil agar dapat perbaiki diri sendiri.

“Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk perkahwinan saya. Saya pun mendoakan yang terbaik kepada mereka semua di luar sana,” tambahnya.

Terdahulu, pendedahan Fyna sudah berkahwin dengan Zainal pada Januari lalu telah mengejutkan ramai pihak.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*