[VIDEO] Edit & Buang 2 Angka Nombor Plat Kereta Baharu, Amir Raja Lawak Tampil Mohon Maaf

Pelakon dan pelawak Amir Raja Lawak tampil memohon maaf susulan kekeliruan yang berlaku berhubung nombor plat pendaftaran kereta baharu jenis Perodua Alza miliknya.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Amir berkata nombor pendaftaran sebenar kereta berwarna hitam miliknya itu adalah AME 1219 dan bukannya AME 12 seperti mana yang dikongsikan baru-baru ini.

Malah, pelawak itu turut memohon maaf kepada pemilik sebenar nombor pendaftaran AME 12.

“Saya rasa lepas saya post gambar bersama kereta, ada salah faham sebab orang anggap nombor saya dua angka.

“Sebenarnya nombor saya yang betul AME 1219. Nombor 19 yang belakang itu tarikh lahir saya. Gambar penuh no plat saya tadi (asal), saya edit.

“Dengan ini saya ingin memohon maaf banyak-banyak kepada pemilik nombor asal AME 12,” kongsinya.

Terdahulu, Amir menerusi laman Instagram berkongsi berita gembira apabila berjaya memiliki kereta jenis Perodua Alza yang dipercayai dibeli menggunakan duit hasil jualan perniagaan air jagungnya.

Malah, ramai dalam kalangan wargamaya yang terpegun melihat nombor pendaftaran kereta tersebut.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : gempak.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*