Seb4k tengok ibu muda dvkung anak berniaga pasar malam… Paling sedih untung tak seberapa, tapi pelanggan asyik minta diskaun

ADA hari cerah, ada hari hujan.

Liku-liku sebagai seorang peniaga sememangnya tidak mudah, lebih-lebih lagi jika ia merupakan satu-satunya sumber pendapatan untuk hidup.

Begitulah perkongsian, Nur Ashirah Aris, 21, mengenai realiti seorang peniaga bahawa rezeki mereka ada naik dan turunnya.

Berniaga barangan kulit di Uptown Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Ashirah berkata pulangan yang dikumpul ada kalanya hanya cukup untuk membayar semula modal yang dikeluarkan.

Ashirah juga mempunyai seorang anak kecil yang baru ditimang pada tahun 2021 dan ini bermakna dia mempunyai tanggungan di atas bahunya

“Dulu kerja makan gaji, tapi apabila nak dekat bersalin saya berhenti. Lepas selamat lahirkan anak, saya terus mulakan perniagaan dengan suami.

“Kami jual dompet dan beg lelaki dan kadang-kadang ada orang tumpang letak barang seperti baju sejuk dekat kedai kami.

“Kami berniaga setiap hari dari pukul 7 malam sampai pukul 2 pagi, anak kecil ni pun kami akan bawa sekali berniaga,” kata Ashirah ketika dihubungi mStar.

Cab4ran pertama yang dihadapi Ashirah adalah mengimbangi hidupnya di antara perniagaan dan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu.

“Dekat Pulau Pinang ni, kos hantar anak kepada pengasuh sekitar RM800 sebulan. Dalam masa sama saya risau nak tinggal dekat pengasuh ni, sebab dah dengar macam-macam cerita tak menarik.

“Jadi saya lagi selesa jaga sendiri, sebab tu saya berhenti kerja pejabat dan berniaga. Saya boleh jaga anak saya sambil cari duit.

“Tapi nak jaga anak waktu berniaga ni bukan mudah. Kadang-kadang hujan dengan ribut, anak saya yang baru berusia dua tahun ni pun kesejukan dan meragam.

“Lepas tu kalau nak bagi mandi dan tukar diapest anak, tandas agak jauh, tak berapa bersih dan tak ada kemudahan khas nak tukar lampin macam di tandas shopping mall,” kata Ashirah.

Menurut Ashirah, antara cab4ran terbesar yang dihadapinya ialah sikap pelanggan yang suka tawar menawar.

“Kadang-kadang ada hari yang sales kita tak berapa baik, lepas tu ada pelanggan minta diskaun pula. Saya rasa macam serba salah nak tolak, jadi saya bagi je.

Ashirah menjual barangan kulit seperti dompet dan beg lelaki bersama anak kecilnya.

“Cuma pelanggan tak nampak yang kami sebenarnya struggle. Untung kami tak besar mana pun, kadang dapat RM5 je sehari, pulangan itulah kami nak guna untuk bayar balik duit sewa tapak dengan modal.

“Setakat ni kami tak pernah tolak kalau pelanggan minta diskaun, asalkan ada barang dah lepas keluar pun okay. Dapat la cover balik modal kami. Kami anggap itu rezeki mereka dapat diskaun.

“Kami nak saving pun tak mampu. Pernah ada hari yang tak ada seorang pelanggan pun datang beli di kedai kami. Saya memang kena kuatkan diri dan bersabar je,” lu4h Ashirah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


Ashirah juga sempat menambah yang berkahwin di usia muda diakui bukannya perkara mudah dan semestinya disulami dengan cab4ran yang tersendiri.

“Waktu saya buat video di TikTok tu, saya memang tengah ada masalah dengan suami. Saya berpegang kepada prinsip yang apa-apa pun hubungan dengan anak kena pastikan rapat.

Ashirah dan suami membuka perniagaan bersama selepas menimang anak pertama.

“Ke depan-depan nanti, saya tak tahu kalau suami akan masih ada dengan saya. Dia bila-bila masa je boleh pergi. Apa yang saya ada nanti ialah anak saya, Tiara Mikayla.

“Sebab tu saya sentiasa utamakan anak saya. Saya sentiasa bercakap, bercerita dengan dia dan buat video sama-sama. Dialah intan permata saya,” kata Ashirah..

Kecekalan Ashirah berniaga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen selepas menonton perkongsiannya di TikTok hingga meraih lebih 578,000 tontonan.

Paling menyentuh perasaan sudah pasti tatkala melihat wanita ini menguruskan perniagaan ditemani anak kecil.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*