“Bertuah isteri dia dapat suami begini” itu antara komen netizen bila viral video yang dikongsikan oleh @_gneraljoe berkongsi detik cem4s saat meredah trafik dengan keadaan ibunya yang sedang menanggung kes4kitan contraction hendak bersalin.
Tumpuan netizen terarah pada tangan ibunya yang menggenggam erat tangan anak bujang yang setia berada disisi menenangkan ibu yang sedang kes4kitan. Manakala suaminya pula memandu kereta dengan pantas untuk segera sampai ke hospital.
Jelas kelihatan di wajah anak muda bernama Haikal yang berusia 21 tahun ini begitu bimbang akan keadaan ibunya yang bakal melahirkan anak yang ke lima. Apatah lagi saat itu, terpaksa pula berdepan dengan kesesakan lalu lintas yang menghalang kelancaran pemanduan ayahnya untuk segera sampai ke hospital.
Doakan Urusan Kami Dipermudahkan …Sayang Umi
Kecintaannya pada ibu dikongsikan di media sosial bukan kali pertama, malah sebenarnya Haikal pernah viral sebelum ini kerana disangka membuat video TikTok mesra bersama teman wanita. Walhal wanita itu adalah ibunya yang terlihat begitu awet muda persis anak d4ra dan sekali gus netizen tersalah anggap.
@_gneraljoe Replying to @Syaaa🦋 inshaAllah amin
Video kasih sayang antara ibu dan anak bujang ini telah meraih lebih sejuta tontonan dan rata-rata netizen sebak melihat cara anak sulung ini menyantuni ibunya. Hal ini hingga ada yang dapat membayangkan betapa baiknya Haikal sekiranya bergelar suami suatu hari kelak. Pasti beruntung isterinya!
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : keluarga.my
Leave a Reply