Lama ‘Menghilang’, Nynaa Harizal Sedang Sarat Hamil Anak Sulung

Setelah lama tiada khabar berita mengenai pelakon Nynaa Harizal selepas kisah kemelut rumah tangganya, akhirnya Nynaa dilaporkan sedang berbadan dua. Alhamdulillah, tahniah!

Nynaa sedang sarat hamil?

Ketika ditemui pihak OhBulan! di sebuah majlis hiburan, pemilik nama sebenar Nurul Hanynaa Harizal memberitahu bahawa dia sedang hamil zvriat pertama.

Kini, pelakon berusia 27 tahun itu sedang menghitung hari untuk menantikan kelahiran anak sulungnya kerana usia kandungan sudah mencecah sembilan bulan.

Walau bagaimanapun, Nynaa masih belum bersedia untuk memberitahu berita gembira itu kepada peminat, namun berjanji akan mengumumkan kehadiran zvriatnya itu sebaik sahaja selamat bersalin.

Terdahulu, Fahmi dan Nynaa mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos 2021 dengan restu keluarga kedua-dua belah pihak. Kisah rumah tangga mereka menjadi tumpuan apabila pada 3 November, Fahmi mend4kwa isterinya ‘dilarikan’ bapa mentuanya ketika terbabit dengan penggambaran sebuah drama.

Nynaa kemudiannya bertindak memfailkan penc3raian secara baik dengan Fahmi pada 10 November 2021 dan sebutan k3s berlangsung pada 18 November di Mahkamah Rendah Syariah Johor Bahru. Suaminya membuat tuntutan agar pelakon itu kembali taat dan pulang ke pangkuannya. Bagaimanapun, pada 11 November 2021, Nynaa dan Fahmi mencapai persetujuan untuk berbaik di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : ohbulan.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*