Seperti umum sedia maklum, kelab peminat Dato Sri’ Siti Nurhaliza iaitu ‘Siti Zoners’ antara kelab peminat artis yang paling sporting dan aktif melakukan pelbagai aktiviti sepanjang tahun. Baru-baru ini, penyanyi nombor satu negara itu berkesempatan menyambut hari ulang tahun kelahirannya bersama para peminat. Bestnya!
Kenang mereka dengan penuh kasih sayang
Sepanjang majlis tersebut, Tok Ti dilihat menghiburkan para peminatnya dengan beberapa buah lagu. Bukan itu sahaja, Tok Ti turut melakukan tribute buat peminatnya yang telah ‘pergi’. Memilih lagu ‘Kamu dan Kenangan’ nyanyian asal Maudy Ayunda, Siti Zoners yang hadir dilihat tidak mampu menahan seb4k tatkala foto rakan-rakan yang telah tiada terpampang di skrin. Menurut Tok Ti, wajah-wajah tersebut pernah ada bersamanya di saat susah mahupun senang.
Sitizoners yang pernah bersama-sama saya dan telah meninggalkan kami semua, dalam perjumpaan semalam..kami mengenang mereka dengan penuh kasih sayang. Biar susah senang, kita bersama-sama. Al-Fatihah. Jangan skip bahagian yang hitam kerana dalam majlis semalam saya menyanyikan lagu ini sendiri. Video ini saya dedikasikan buat keluarga Sitizoners saya yang telah pergi.
Video:
View this post on Instagram
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : ohbulan.com
Leave a Reply