Sejak k0nflik rumah tangga pasangan selebriti Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof hangat diperkatakan, ahli keluarga aktres itu tidak pernah sekali pun dilihat mengeluarkan sebarang kenyataan di mana-mana platform termasuk di media sosial.
Sarah atau nama sebenar, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, menjelaskan ahli keluarga tidak lantang bersuara disebabkan faktor kerjaya mereka, namun tetap menyokong apa yang diperjuangkan aktres tersebut.
“Adik perempuan kedua saya, Puteri Sofia ialah seorang doktor. Tak akanlah seorang doktor yang lantang bersuara.
“Kemudian, Megat Imran pula seorang konsultan pengurusan material.
“Selama ini ornag tertanya-tanya di mana keluarga saya. Sebenarnya mereka ada tetapi disebabkan kerjaya, mereka tidak boleh ke depan.
“Profesion mereka tidak membolehkan untuk lantang bersuara seperti pihak belah sana tetapi saya tetap gembira ahli keluarga hadir untuk beri sokongan,” katanya.
Terdahulu, Sarah telah memfailkan permohonan penc3raian terhadap suaminya, pengarah Syamsul Yusof di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Isnin lalu.
Sebutan k3s mereka akan disebut pada 7 Mac depan.
Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah yang kini berusia empat tahun.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : mediahiburan.my
Leave a Reply