Mencur1gakan! Aksi panjat pagar lelaki ini buat ramai sangka nak mencvri, hakikatnya dia berniat baik

REZEKI datangnya dalam pelbagai bentuk dan cara.

Selain kemewahan wang ringgit atau makanan, memiliki jiran yang baik juga dikira sebagai satu rezeki.

Pastinya memiliki jiran baik mampu membuatkan hidup kita berasa lebih tenang, aman serta selamat ketika berada di rumah atau di luar rumah.

Sebagaimana dikongsikan oleh seorang pelayar di TikTok, Littlemonster316 menunjukkan tindakan seorang lelaki yang dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kediamannya.

Lelaki itu yang dilihat memanjat pagar tanpa meminta izin lalu masuk ke sebuah rumah dipercayai merupakan jiran kepada individu berkenaan.

Tangkap layar video tular.

Walaupun bahagian permulaan video menunjukkan perbuatan lelaki memakai baju berwarna merah jambu itu mer4gukan, akhir rakaman itu menunjukkan ‘adegan’ menyentuh hati ramai.

Jirannya itu hanya mahu mengalihkan ampaian pakaian bagi mengelakkan pakaian dijemur daripada terkena hujan.

Sebaik mengalihkan ampaian ke tempat yang redup, lelaki ini memanjat semula pagar untuk kembali ke rumahnya.

Rakaman berdurasi 38 saat ini dipercayai dirakam menerusi CCTV rumah individu yang berkongsi video ini di media sosial.

Video ini tular dan mendapat perhatian ramai warganet.

Semakan mStar, mendapati rata-rata warganet memuji tindakan lelaki tersebut yang bersikap prihatin terhadap jirannya.

Sebilangan besar menyangka lelaki tersebut mahu mencuri sesuatu memandangkan aksi memanjat pagar itu kelihatan mencurigakan.

Namun, mereka rasa bersalah mengesy4ki perkara tidak baik dan memuji tindakan lelaki tersebut.

“Sampai ke sudah aku tengok ingatkan dia nak cvri ke apa. Rupanya nak alihkan kain sebab hujan. Untung dapat jiran prihatin macam ni”, ujar netizen tersebut di ruangan komen.

@littlemonster316

grateful 🙏 🥲

♬ เสียงต้นฉบับ – Little Monster – Little Monster

Ada juga warganet yang berkongsikan pengalaman mereka berdepan dengan jiran yang tidak mempunyai sikap prihatin.

“Jiran sebelah aku hari-hari si mak g4duh dengan anak dia. Jenis berper4ng mulut sampai terjerit-jerit pukul 1 pagi. Lepas tu pukul 7 pagi dia buka set karaoke.

“Jiran saya suka parkir dekat rumah orang. Pantang nampak orang tak ada di rumah, semua angkut sedara mara park depan rumah, depan jalan rumah. Nasib tak masuk dalam je. Bila tegur, buat muka”, kongsi warga maya mengenai jiran mereka.

Sikap prihatin lelaki dalam video tersebut wajar dijadikan dicontohi oleh orang ramai yang hidup berjiran.

Setelah video tersebut tersebar luas sehingga meraih lebih 10 juta jumlah tontonan, pemilik asal tampil menjelaskan keadaan.

Komen netizen di TikTok.

Katanya, lelaki tersebut merupakan tukang kayu yang bekerja di rumah jirannya sahaja.

“Hai semua, saya nak jelaskan di sini. Dia bukan jiran saya.

“Dia merupakan tukang kayu jiran saya. Saya kagum dengan kebaikan dia lakukan,” jelasnya mengenai kapsyen ‘bersyukur’ ditulis pada video itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir

Sumber : mstar.com.my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*