Rindu, itulah perasaanya bila kita terpaksa berjauhan dengan anak-anak dan pasangan. Andai sehari dua, mungkin dapatlah kita pendam seketika namun jika berminggu-minggu apatah lagi berbulan-bulan lamanya tentu terasa sukar jadinya.
Lantaran itu, kalau boleh akan diusahakan untuk pastikan anak-anak dan pasangan sentiasa ada di sisi.
Begitu jugalah yang telah diputuskan oleh pelakon Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar, 32 membawa isteri dan anak-anak menetap di Langkawi selama sebulan bagi menjayakan filem Pulau.
Difahamkan dia tidak mahu berjauhan dengan keluarganya dan sekali gus membawa seisi keluarga menemaninya di pulau peranginan tersebut.
“Bila pengarah telefon dan beritahu ada cerita ser4m tajuk Pulau dan Alif bersyukurlah sebab ada job. Tetapi dia cakap penggambaran di Langkawi selama sebulan.
“Akhirnya saya buat keputusan untuk ajak sekali isteri dengan anak-anak duduk di Langkawi sepanjang saya lakukan penggambaran,” katanya.
Dikatakan filem tersebut akan ditayangkan di pawagam pada Mac nanti, dengan menampilkan bintang popular yang lainnya seperti Amelia Henderson, Alexander Henderson, Wan Hanafi Su, Ms Puiyi dan ramai lagi.
Komen netizen:
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : keluarga.my
Leave a Reply