Kehilangan orang yang tersayang bukanlah perkara yang mudah untuk diterima. Rindu di hati hanya mampu diluahkan menerusi doa kerana tidak dapat bertemu secara bersua muka.
Begitulah kisah seorang wanita yang diberi peluang oleh-Nya untuk bertemu seorang lelaki yang mirip akan arw4h ayahnya di Tanah Suci.
Jumpa arw4h ayah
Sekadar gambar hiasan
Menerusi hantaran wanita yang dikenali sebagai Elia itu, dia akui amat merindukan arw4h ayahnya dan memohon doa kepada tuhan agar dipertemukan seseorang mirip Allahyarham ketika berkunjung ke Tanah Suci.
Ya Allah pertemukanlah wajah seiras Arwah papa di Tanah Haram Mu.
Aku rindu dia Ya Allah.
Siapa sangka, permintaan wanita itu dimakbulkan apabila dia bertemu individu yang memiliki rupa paras seperti Allahyarham. Dengan rasa teruja, Elia terus mengejar lelaki itu dan menunjukkan gambar arw4h ayahnya kepada lelaki tersebut.
Lelaki itu turut bersetuju apabila dikatakan mukanya seakan sama dengan Allahyarham.
Walaupun pertemuan yang singkat, Elia amat bersyukur kerana doanya yang didengari dan diberi peluang untuk mengubat rindu yang lama disimpan selama ini.
@eliaizham Ya Allah aku rindu #umrah #fyp #fyppppppppppppppppppppppp
Netizen turut seb4k
Menjengah ke ruangan komen, pertemuan itu mencetus rasa hiba dalam kalangan warganet yang menonton video tersebut. Selain itu, netizen percaya doa yang dipohon secara bersungguh-sungguh akan dimakbulkan Allah di sana.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Catatan Terakhir
Sumber : ohbulan.com
Leave a Reply